Ha, kali ni Cik Fazz nak share dengan korang semua pasal tempat membeli-belah yang boleh dapat dengan harga borong. Cik Fazz tao korang semua mesti suka beli baju yang cantik-cantik kann… Lepas tu korang mesti selalu godek-godek ig, website, facebook dan yang seangkatan dengannya kan. Memata-mata sebab korang nak cari baju yang korang rasa sesuai dengan diri korang ataupun korang nak tukar penampilan. Atau jugak, korang nak beli baju raya kan… Betul kan…???

Cik Fazz ada pergi satu mall ni yang mana dorang semua menjual barang secara buck mahupun bahasa melayunya pukal ataupun borong. Mall ini dikenali sebagai Kenanga Wholesale City ataupun KWC. Dekat sini bermacam-macam jenis baju, kasut dan aksesori yang korang semua boleh jumpa. Dari hujung rambut sampai hujung kaki semua complete. Tak ada yang tertinggal.

Untuk pergi ke KWC ni agak senang pada yang tiada transport sendiri. Cik Fazz pun naik public transport jer… Tak gagah nak drive ke KL time weekend hihi Ok, pada sesiapa yang nak naik public transport macam Cik Fazz, korang semua naik LRT dan korang kena turun dekat LRT Hang Tuah. Keluar je dari station Hang Tuah, korang akan nampak satu signboard kecil yang menyatakan halatuju KWC. Ikut sahaja signboard tu, lepas tu korang semua kan nampak bangunan KWC yang tinggi tu. Sebelum sampai ke KWC, korang semua akan melalui laluan pejalan kaki yang agak kecil, dan beberapa deretan bangunan kedai yang berhampiran. Rasa-rasa kalau macam tak jumpa bangunan tu kan, tanya je orang ramai yang melalui pejalan kaki ke KWC tu. Sebab ramai orang yang menggunakan laluan ke KWC tu. Jadi, anda-anda semua tak perlu risau tersesat jika mahu ke KWC ya.

Weekend lepas Cik Fazz and The Gang sempat membuat penjelahan mencari baju baru untuk kerja, dan sememangnya kami semua menjadi rambang mata! Kalau boleh, satu bangunan mall tu kami nak beli. Sebab memang terlampau murah. Paling tidak, jika kita membeli baju di salah sebuah kedai, dia akan limitkan 3 helai sekali beli. Dan kebanyakkannya, harga untuk 3 helai tu tidak kurang dalam RM100. Hari tu, Cik Fazz sempat grab 5 helai baju dengan harga yang dibelanjakan sebanyak RM150. Memang murah…

Dekat dalam mall ni, terlampau banyak kedai sampai kami tak larat nak pusing seluruh mall ini. Dalam mall ni, terdapat 7 tingkat tidak termasuk parking. Cik Fazz and The Gang start shopping dari level LG sampailah ke level 2 je. 5 level lagi Cik Fazz and The Gang dah tak mampu nak habiskan. Sebab kaki terlampau sakit dan penat hahaha Tangan pun dah penuh, duit lagi la usah dicerita…

Jadi pesan Cik Fazz kepada anda semua, jikalau anda berkeinginan untuk shopping dekat KWC ni, silalah menggemukkan poket masing-masing ya. Takut anda tak cukup duit nak shopping nanti hihi Cik Fazz sendiri berkira-kira untuk datang lagi ke KWC untuk bershopping raya. Yehaa!!! Lepas ni, dah tak payah nak shopping online bagai, pergi je shopping dekat KWC ni ya. Silap haribulan, anda sendiri yang memulakan perniagaan secara online nanti…

Dengan itu, Cik Fazz dengan berbesar hatinya ingin memaparkan beberapa gambar yang berkaitan dengan KWC ni ye… Selamat menjamu mata…














FLORIA PUTRAJAYA 2014. Ini kali kedua Cik Fazz and The Gang mencemar duli ke pesta bunga ini hahaha (mencemar duli la sangat kan..) Tak banyak yang nak diceritakan pengalaman pergi ke pesta ini. Sebab pada hari kejadian Cik Fazz diserang migraine, dan tak dapat enjoy moment dengan sempurna.

Kami bertolak dari rumah jam 8 malam dan berjumpa dengan Cik Farah di Putrajaya. Kami tinggalkan kereta di hadapan sebuah bangunan dan naik satu kereta kerana kami tak jumpa parking. Kami amat kecewa kerana di dalam iklan diwar-warkan terdapat parking kereta yang banyak. Dan akhirnya, indah khabar dari rupa. Tapi tak apalah, kami tetap teruskan perjalanan ke tapak pesta tersebut dengan hati gumbira!

Setelah sampai, mak Cik Farah memberikan kami tiket free. Terima kasih makcik sebab bagi kami tiket free. Love you lah makcik hihihi Masuk sahaja kami di pintu masuk pesta, kami berasa amat kagum kerana keluasan tapak pesta yang boleh tahan luas. Sambil berjalan sambil berfikir, boleh ke nak habiskan round satu tapak pesta ni…??? Tema pesta bunga tahun ini adalah ‘Mesmerizing Colours’ ataupun dalam bahasa melayunya ‘Pesona Warna’.

Kami memulakan perjalanan dengan memasuki khemah yang menempatkan bunga-bunga yang telah dihias dengan pelbagai rupa bentuk. Ada yang digubah menjadi bentuk zirafah, kereta, baju pengantin dan macam-macam lagi. Khemah ni juga boleh tahan luasnya dan memang ramai yang bergambar di dalam ni termasuk kami juga kihkihkih

Setelah siap tawaf di dalam khemah ini, kami teruskan perjalan kat bahagian luar pula. Sangkaan Cik Fazz taman-taman di luar ini lebih kurang seperti tahun lepas. Rupanya, jauh panggang dari api. Kami amat terkejut sebab sudah banyak penambahbaikkan yang dilakukan untuk menjayakan pesta bunga pada tahun ini. Almaklumlah, pesta ini diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Memang amat menakjubkan design-design yang dipamerkan pada tahun ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Cik Fazz tak tahu nak gambarkan macam mana. Pada yang sudah pergi pesta bunga 2014 ini, Cik Fazz rasa anda semua tahu apa yang Cik Fazz cuba sampaikan kan. Pada yang tak berkesempatan untuk ke sini, Cik Fazz berbesar hati untuk berkongsi beberapa keeping gambar yang sempat diambil semasa cuci mata di pesta bunga ini. Silalah membelek gambar-gambar tersebut ya.


















Hari ni Cik Fazz and The Gang nak berjalan-jalan cuci mata dekat JPO!!! Mesti anda-anda semua tahu JPO tu apa kan… Pada yang tak tahu, JPO adalah Johor Premium Outlet. Gedung terbesar yang menawarkan barangan branded pada harga yang berpatutan. Tempat ni lebih kurang macam kita shopping dekat Langkawi la. Barangan branded luar Negara yang boleh didapati di dalam Malaysia. JPO ni juga kawasan bebas cukai, sama seperti Langkawi. Pada sesiapa yang pernah ke sini, tahulah apa yang Cik Fazz cakap kan…

Lokasi JPO ini sudah tentu terletak di Johor, nama pun Johor Premium Outlet kan... Jikalau anda melalui Lebuhraya Utara-Selatan, anda akan keluar Exit Senai. Kalau jalan lain, Cik Fazz tak sure pulak. Sebab Cik Fazz pergi hari tu lalu Lebuhraya Utara-Selatan je. JPO ni tak jauh selepas kita keluar dari Exit Senai tu. Tapi jalan nak masuk ke dalam JPO tu agak jauh sikit la. Jangan risau, signboard banyak sepanjang perjalanan menuju ke JPO.

Di JPO ni, ada bermacam-macam kedai barangan yang sangat menarik sampai ada yang Cik Fazz tak pernah dengar. Yela, kita bukan orang kaya yang boleh beli macam-macam barangan branded kan hihihi… Kat sini ada Coach, Bvlgari, Burberry, dan lain-lain lagi yang sampai Cik Fazz nak taip pun takut salah eja hihihi… Memang banyak sampai naik rambang lah mata kami semua.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk ke JPO ni. Pada yang memang suka shopping barang-barang branded, JPO ni memang tak pernah mengecewakan. Terbaiklah! Pada sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan, dan tak tahu nak beli barang hantaran apa, boleh juga datang ke sini.  Boleh beli mengikut kemampuan masing-masing…

Selepas kami tawaf semua kedai dalam JPO ni, kami beransur ke Danga Bay pula. Kata orang ramai kat Danga Bay ni best. Tapi malangnya semasa Cik Fazz and The Gang sampai kat sana, indah rupa dari khabar. Alkisahnya, Danga Bay sedang under construction. So, view yang sepatutnya cantik seperti yang digambar-gemburkan tidaklah secantik mana. Kami pun pulang dalam keadaan hampa…

Sedang melayan kesedihan, kami pun kelaparan jugak akhirnya. So dalam kepala otak dah set bila sampai Johor mesti nak makan Laksa Johor. Dan kami pun dah tao nak search dekat mana, akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan dekat Plaza Angsana. Alhamdulillah, kami jumpa juga Laksa Johor walaupun tidak berapa nak ori la kan. Janji dapat makan Laksa Johor. Selepas kekenyangan, kami pun balik semula ke Negeri Sembilan, sebab esok kerja… hihihi


So, seperti biasa Cik Fazz akan hidangkan dengan beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang kami berada di sini… Selamat menjamu mata…





















Hujung minggu hari semalam Cik Fazz and The Gang telah pulang ke Negeri Sembilan, rumah my Mama. Saja je nak menghabiskan masa dengan keluarga. Bukan selalu dapat berjumpa kan… So, hargailah keluarga anda walaupun mereka garang, suka bising pasal kita, suka memaksa kita, dan macam-macam lagilah. Kerana, keluarga bukan boleh dijual beli dan bukan boleh dapat macam cari ikan dekat pasar… Tetiba membebel pasal family pulak ye…

Pada hari sabtu lepas, kawan Cik Fazz telah mengajak untuk menonton wayang dan kami telah pergi menonton cerita Maleficent di AEON Seremban 2. Sebuah cerita yang penuh rasa kasih sayang dari seorang penjaga yang mengasuh dari jarak jauh. Dan cerita ini bagi Cik Fazz boleh dikategorikan sebagai ‘not bad’.

Sebelum kami menonton wayang, kami telah pergi mengisi perut di Johnny’s Restaurant di Seremban 2. Kami telah memesan Thai Steamboat Set B. Disebabkan kami baru hendak cuba merasa, so for sure kita tak akan ambil set yang besar-besar kan…

Bagi permulaan untuk Thai Steamboat Set B, portion yang kami ambil tidaklah terlalu banyak, dan tidak juga terlalu sikit. Kira sedang-sedang la… Dan hasilnya, kami agak kekenyangan jugak la... Sup tom yam dia yang sedang-sedang pedas memang masyuk dan variety bahan untuk dimasak amat memuaskan hati kami semua.


Cik Fazz pun tak nak merapu yang pelik-pelik, so Cik Fazz hidangkan anda semua dengan gambar-gambar yang sempat kami snap ya. Jemput tengok…