Short vacation and sweet escape adalah tema trip pada kali ini hohoho Kali ini Cik Fazz buat unplanned trip ke Penang Pulau Mutiara. Kali ini Cik Fazz pergi berdua je dari KL dan kat sana dah ada member yang tunggu.

Untuk trip kali ini, Cik Fazz tak tempah hotel sebab stay dekat rumah kawan yang ada dekat Penang. Transport pun dia yang support. Beruntung sangat uols… Untuk tiket flight ke Penang ni, return dalam RM79.50 naik Malindo Air. 1st time naik Malindo ni agak nervous sebab ingat dapat plane yang kecik tu, tapi Alhamdulillah kami dapat plane yang Boeing besau tu… Selamat mak… hihihi

Bermulalah perjalan Cik Fazz dan Cik Fiqa yang 1st time naik flight. Selamat saja tiba di Pulau Mutiara, kami telah di bawa berjalan ke Queens Bay Mall untuk cuci mata. Selepas itu, kami di bawah pulang ke quarters polis bayan baru untuk ke rumah member Cik Fazz ni.

Sampai saja di rumah, kami dihidangkan dengan Laksa Penang dan Kari Ikan Tongkol. Sangat sedap masakan mama member kami ni uols... Selepas tu, kami merehatkan diri dan selepas maghrib kami bergerak mencari Char Kuew Tiaw Penang yang sedap iaitu Sani Char Kuew Tiaw.

Sabtu, pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Penang Hill. Sampai saja di Penang Hill, sudah ramai yang naik ke puncak untuk melihat pemandangan Penang pada waktu pagi yang berkabus. Di puncak Penang Hill terdapat beberapa tempat menarik seperti The Owl Museum dan pada sesiapa yang nak kunci cinta hatinya di Penang, boleh la pergi kunci dekat Love Lock U.

Setelah selesai aktiviti dekat Penang Hill, kami meneruskan perjalan ke Taman Rama-Rama. Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi kami, Taman Rama-Rama tutup dan hanya dibuka pada Disember 2015 ini. Penutupan taman ini adalah untuk membina bangunan baru 2 tingkat bagi menggantikan bangunan lama. Oleh itu, kami bertukar arah ke Street Art dan bergambar di sana.

Kemudian, perjalanan kami diteruskan dengan mencari beberapa café yang popular di Penang seperti Sekeping Victoria (under construction), Purrfect Cat Café (bayaran agak mahal per person semata-mata nak hi-tea dengan 8 ekor kucing gebus, agak tidak berbaloi), Camera Museum (hi-tea yang sangat sedap dan layanan yang bagus), dan Chocolate Museum (boleh belajar sejarah dan cara pembuatan cokelat).

Masuk waktu senja, kami pulang ke rumah untuk merehatkan diri sebelum balik keesokan harinya. Esok ada beberapa aktiviti yang menanti sebelum kami pulang ke KL.

Ahad, pagi jam 8 kami dah bertolak ke Pasar Kemboja di seberang. Pergi lalu jambatan kedua, balik lalu jambatan pertama pulak. Selepas sarapan dan shopping di Pasar Kemboja, kami meneruskan operasi memborong Jeruk Penang untuk dibawa pulang. Habis dekat RM50 jugak la untuk jeruk tu weh… Dan pada jam 1 petang, kami bertolak ke PIA untuk check in pulang ke KL.

Makanya, berakhirlah sweet short trip Cik Fazz ke Penang pada kali ini.
























          Assalamualaikum dunia, damailah semua… Ha, arini Cik Fazz nak bercerita aktiviti kami yang dah lama tersimpan kat dalam memory tepon ni… Pada 3 Feb yang lalu, semasa sambutan Hari Thaipusam, masa orang India dok sibuk pecahkan kelapa untuk upacara mereka, kami pula kat condo dok sibuk berasapkan rumah orang lain. Haru tak??? hahaha
           
            Ha, apa yang korang fikirkan ea… Kami bukan penyebab kebakaran ye, tapi kami mengisi masa lapang kami dengan membuat aktiviti yang bersangat-sangat berfaedah serta dapat mengenyangkan perut kami tao. Nak tahu apa yang kami buat, silalah tengok gambar-gambar kat bawah ni ye…












           Inilah aktiviti kami semasa cuti sempena cuti Thaipusam hari tu… Kami membuat barbecue di tepi pool condo kami. Yang buat harunya, org barbecue time redup, kami buat tengahari benderang tao. Hebat tak kami! Hahaha

            Walaupun kami berdua je, jalan jugak la aktiviti tu. Bukan kami sombong dengan budak rumah tao, Cuma budak rumah masing-masing ada yang bekerja dan ada yang dah ada temujanji sendiri. So, kami pun dating berdua je la… Sambil bakar, sambil sembang. Sambil sembang, sambil makan. Kuang3x…


MasyaAllah, Cik Fazz buat giler la awal tahun ni… Pergi ke Langkawi buat kali ke-4 pulak la ni hahaha Jangan terkejut pulak anda-anda semua ye... Cik Fazz ni memang otak giler-giler sikit. Almaklumla, kerja berlambak, otak pun naik jamme! So, jawapannya Cik Fazz memerlukan ketenangan. Tapi kali ni Cik Fazz pergi short trip je, tak lama mana pun…. Pergi Jumaat malam dan balik Ahad malam. Sekejap je… Ikutkan hati, Cik Fazz nak merendek ke tempat lain selain Langkawi iaitu ke Kabi sebab masa tu tiket MAS return jual RM250. Tapi disebabkan Cik Fazz ni tak de passport lagi, so terkuburlah kegilaan nak ke Krabi. Harga tiket ke Langkawi return adalah RM130. Naik MAS hokeh! hihi

Flight kali ni adalah flight pertama Cik Fazz flight malam. Sangat teruja! Sebab malam bumi akan nampak cantik dari atas hihihi Percayalah! Tak rugi sebenarnya amik flight malam, sebab time tu la harga tiket akan murah dan view pun sangat-sangat cantik! Tak tipu tao… hihi

Ok, macam biasa… Disebabkan Cik Fazz ni dah terlebih banyak kali sampai kat sini, sampai Cik Fazz tak tao nak cerita apa dah hahaha Cumanya kali ni Cik Fazz sedikit teruja kerana setelah hampir 3 kali sampai kat sini, Cik Fazz tak pernah dapat peluang untuk menjejakkan kaki ke Skybrigde Langkawi. Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hasrat untuk ke sini. Walaupun sedikit kecewa kerana tangka yang menghubungkan jambatan tersebut tak siap lagi. Dan kami terpaksa mambuat jungle tracking selama 20 minit. 20 minit tu pada yang ada stamina la, Cik Fazz dah lama takde stamina. Pancit memanjang hahaha Tapi takpe, Cik Fazz sangat-sangat berpuas hati kerana sampai jugak dekat skybrigde ni hihu

Selain itu, Cik Fazz juga ada mencuba mencari tempat makan yang best. Uncle Jai Café merupakan restoran seafood yang Cik Fazz rekomen pada anda semua. Memang makan dekat sini agak sedap dan sangat menarik. Cap jarilah Cik Fazz bagi untuk makan dan dekorasi dalam restoran tersebut. Kedai ini dibuka pada jam 6.00 pm sehingga 12 am. Memang sesuai bagi kita pelancong untuk melepak-lepak dengan family atau kawan-kawan. Memang terbaiklah!

Cik Fazz rasa la kan, trip kali ni macam bukan trip terakhir bagi Cik Fazz. So kita tunggu dan lihatlah bila lagi Cik Fazz lari ke Langkawi hahaha Dengan harapan akan kembali menjejakkan kaki ke sini lagi. Oleh itu, mohon untuk mencuci mata anda dengan gambar-gambar yang sempat Cik Fazz snap.





















Diari Wanita. Itulah tajuk teater yang kami tonton di Istana Budaya pada 12 Februari 2015. Kami dapat complimentary ticket yang diberikan oleh vendor kami. Dapat la duduk dekat Stalls, Grand Circle. Dekat la jugak dengan stage kan. Nampak la dengan terang para pelakon yang membuat persembahan.

Di sini Cik Fazz attached kan sekali synopsis mengenai teater ni untuk pemahaman bersama kita semua.

SINOPSIS DIARI WANITA
Dua cerita,
Dua negara,
Satu pengarah,


Teater Diari Wanita terbitan CTRA Production dan diarahkan oleh Rosminah Tahir ini adalah gabungan cerita Kak Ani (Malaysia) dan Nyonya (Indonesia). Disampaikan secara humor, persembahan yang menjanjikan penonton tidak kering gusi ini turut penuh dengan emosi dan ada kesedihan yang tersendiri. Memperlihatkan perjuangan hidup wanita di dua negara yang terpaksa berhadapan dengan laluan hidup sukar kerana cabaran tertentu.

Kisah Kak Ani mengangkat kisah benar kehidupan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, YB Dato Sri Rohani Abdul Karim dari zaman kecilnya hingga berjaya menjadi seorang menteri. Beliau adalah anak Tukang Cuci (ibunya) dan Tukang Masak (bapanya) hidup seperti kanak-kanak biasa pada zaman awal kemerdekaan yang penuh dengan kesusahan.

Kak Ani melakukan banyak kerja untuk hidup seperti membantu ibunya menjadi Tukang Cuci di rumah ‘mat salleh’ tetapi dalam masa yang sama sangat minat untuk belajar dan menjejakkan kaki ke universiti. Banyak lagi kisah menarik yang akan dipaparkan dalam teater berbentuk monolog ini.

Kisah Nyonya pula ditulis dengan cara komedi tetapi. Beliau ‘berperang’ dengan Tuan, seorang saudagar antik, yang mengambil kesempatan semasa suami Nyonya terlantar di hospital akibat kanser lidah untuk membeli harta Nyonya.

Dari batu mamar di perkarangan rumah hingglah meja makan, tempat tidur dan beliau akhirnya ingin membeli betis dan lutut Nyonya. Pada masa yang sama, Nyonya berhadapan dengan anak saudara suaminya iaitu Keponakan Anggun, Keponakan Beautiful dan Keponakan Cantik yang menuntut harta pusaka sehingga mengugut untuk membunuh Nyonya. Macam-macam peristiwa dan tipu muslihat dilakukan antara mereka bagi mencapai cita-cita.

Saksikan aksi Sherry AlHadad, Amy Mastura, Misha Omar (13-16 Feb 2015), Nad Zainal, Juhara Ayob, Sharulmizad Ashaari, Zera Hariz (11-12 Feb 2015) dan Dayang Kartini dalam teater Diari Wanita

Persembahan mereka sangat menarik, dan hanya beberapa plot mengenai YB sahaja yang agak boring. So far, melalui jalan cerita teater ini kita nampak perbezaan 2 situasi kehidupan bagi seorang wanita dalam kelangsungan hidup.


Kami sangat enjoy semasa menontot teater ini. Sebab, kami semua 1st time datang Istana Budaya. So, masing-masing jakun sikit la kan… hehehe Jadi, silalah lihat gambar kami semua ye...