10 Februari 2015 yang lepas, our big boss dengan berbesar hati menghabiskan duit ke atas kami dengan membuat dinner di Carnaval Churrascaria yang bertempat di Damansara Jaya. Dinner ini khas untuk pekerja project BLESS sahaja.

Seramai hampir 70++ warga XYbase Sdn Bhd yang menghadiri event ini. Manakala kami CAG merupakan group yang paling awal sampai di restoran ni. Nampak sangat excited terlebih kan! Hihihi Almaklumla, masing-masing nak jadi carnivore malam tu.

Pada penggemar daging, tak kira jenis daging (kecuali daging b***) anda semua boleh pergi ke sini untuk memenuhi tembolok masing-masing. Anda semua boleh makan sampai lebam. Bab harga pula, masih harga mampu milik. Jangan risau!


Kalau anda nak pepiling makan daging macam kat Brazil, boleh la makan kat sini ye. Layanan dia pun ok, siap uncle tu terangkan jenis-jenis daging yang ada kat sini. Sangat bagus! Tak mahu menaip panjang berjela, mari kita tengok apa yang ada….














































            Niat asal nak makan kat The Captain Steamboat & Grill. Tapi mungkin bukan rezeki kami, sebab kami tak book dulu. So, meja dekat restoran tu penuh. Haila, dah memang bukan rezeki kami la kan, nak buat macam mana. So kami dengan perut yang kelaparan, memerah otak sambil memikir nak makan dekat mana.

            On the way perjalan balik, Cik Fazz memang lalu dekat highway depan SCM dan pop!!! Tetiba teringat café milik pelakon terkenal Aaron Aziz yang berada berdekatan. Jadi kami decide nak makan dekat café beliau iaitu Café Kidz & Crème yang bertempat di Setia Dagang.

            Nak cari café beliau tidaklah susah mana pun, cumanya kami ni yang baru masuk area tu dah macam rusa masuk kampong la… hehehe Punya perlahan drive kereta semata-mata nak meneliti satu persatu nama kedai beliau.

            Setelah penat kami memfokuskan mata pada papan tanda nama kedai pada setiap bangunan, akhirnya kami jumpa jugak kedai Pak Aaron Ajis ni huhu Setelah kami park kereta di parkir yang berhampiran, kami terus menuju ke café beliau dengan perasaan teruja bajet-bajet macam nak jumpa retis terkenal hahaha ok, tipu jer…

            Ok, kat sini Cik Fazz akan share apa yang kami makan dekat Café Kidz & Crème ea. Ni je yang dapat Cik Fazz share. Sebab kami sampai agak lewat, so selera makan tak berapa besau la hihihi Harga dekat café ni boleh la tahan… Pada sesiapa yang nak lepak ke nak berjimba dengan kengkawan ke nak buat party ke boleh la ke sini…