FLORIA PUTRAJAYA 2014. Ini kali kedua Cik Fazz and The Gang mencemar duli ke pesta bunga ini hahaha (mencemar duli la sangat kan..) Tak banyak yang nak diceritakan pengalaman pergi ke pesta ini. Sebab pada hari kejadian Cik Fazz diserang migraine, dan tak dapat enjoy moment dengan sempurna.

Kami bertolak dari rumah jam 8 malam dan berjumpa dengan Cik Farah di Putrajaya. Kami tinggalkan kereta di hadapan sebuah bangunan dan naik satu kereta kerana kami tak jumpa parking. Kami amat kecewa kerana di dalam iklan diwar-warkan terdapat parking kereta yang banyak. Dan akhirnya, indah khabar dari rupa. Tapi tak apalah, kami tetap teruskan perjalanan ke tapak pesta tersebut dengan hati gumbira!

Setelah sampai, mak Cik Farah memberikan kami tiket free. Terima kasih makcik sebab bagi kami tiket free. Love you lah makcik hihihi Masuk sahaja kami di pintu masuk pesta, kami berasa amat kagum kerana keluasan tapak pesta yang boleh tahan luas. Sambil berjalan sambil berfikir, boleh ke nak habiskan round satu tapak pesta ni…??? Tema pesta bunga tahun ini adalah ‘Mesmerizing Colours’ ataupun dalam bahasa melayunya ‘Pesona Warna’.

Kami memulakan perjalanan dengan memasuki khemah yang menempatkan bunga-bunga yang telah dihias dengan pelbagai rupa bentuk. Ada yang digubah menjadi bentuk zirafah, kereta, baju pengantin dan macam-macam lagi. Khemah ni juga boleh tahan luasnya dan memang ramai yang bergambar di dalam ni termasuk kami juga kihkihkih

Setelah siap tawaf di dalam khemah ini, kami teruskan perjalan kat bahagian luar pula. Sangkaan Cik Fazz taman-taman di luar ini lebih kurang seperti tahun lepas. Rupanya, jauh panggang dari api. Kami amat terkejut sebab sudah banyak penambahbaikkan yang dilakukan untuk menjayakan pesta bunga pada tahun ini. Almaklumlah, pesta ini diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Memang amat menakjubkan design-design yang dipamerkan pada tahun ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Cik Fazz tak tahu nak gambarkan macam mana. Pada yang sudah pergi pesta bunga 2014 ini, Cik Fazz rasa anda semua tahu apa yang Cik Fazz cuba sampaikan kan. Pada yang tak berkesempatan untuk ke sini, Cik Fazz berbesar hati untuk berkongsi beberapa keeping gambar yang sempat diambil semasa cuci mata di pesta bunga ini. Silalah membelek gambar-gambar tersebut ya.


















Hari ni Cik Fazz and The Gang nak berjalan-jalan cuci mata dekat JPO!!! Mesti anda-anda semua tahu JPO tu apa kan… Pada yang tak tahu, JPO adalah Johor Premium Outlet. Gedung terbesar yang menawarkan barangan branded pada harga yang berpatutan. Tempat ni lebih kurang macam kita shopping dekat Langkawi la. Barangan branded luar Negara yang boleh didapati di dalam Malaysia. JPO ni juga kawasan bebas cukai, sama seperti Langkawi. Pada sesiapa yang pernah ke sini, tahulah apa yang Cik Fazz cakap kan…

Lokasi JPO ini sudah tentu terletak di Johor, nama pun Johor Premium Outlet kan... Jikalau anda melalui Lebuhraya Utara-Selatan, anda akan keluar Exit Senai. Kalau jalan lain, Cik Fazz tak sure pulak. Sebab Cik Fazz pergi hari tu lalu Lebuhraya Utara-Selatan je. JPO ni tak jauh selepas kita keluar dari Exit Senai tu. Tapi jalan nak masuk ke dalam JPO tu agak jauh sikit la. Jangan risau, signboard banyak sepanjang perjalanan menuju ke JPO.

Di JPO ni, ada bermacam-macam kedai barangan yang sangat menarik sampai ada yang Cik Fazz tak pernah dengar. Yela, kita bukan orang kaya yang boleh beli macam-macam barangan branded kan hihihi… Kat sini ada Coach, Bvlgari, Burberry, dan lain-lain lagi yang sampai Cik Fazz nak taip pun takut salah eja hihihi… Memang banyak sampai naik rambang lah mata kami semua.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk ke JPO ni. Pada yang memang suka shopping barang-barang branded, JPO ni memang tak pernah mengecewakan. Terbaiklah! Pada sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan, dan tak tahu nak beli barang hantaran apa, boleh juga datang ke sini.  Boleh beli mengikut kemampuan masing-masing…

Selepas kami tawaf semua kedai dalam JPO ni, kami beransur ke Danga Bay pula. Kata orang ramai kat Danga Bay ni best. Tapi malangnya semasa Cik Fazz and The Gang sampai kat sana, indah rupa dari khabar. Alkisahnya, Danga Bay sedang under construction. So, view yang sepatutnya cantik seperti yang digambar-gemburkan tidaklah secantik mana. Kami pun pulang dalam keadaan hampa…

Sedang melayan kesedihan, kami pun kelaparan jugak akhirnya. So dalam kepala otak dah set bila sampai Johor mesti nak makan Laksa Johor. Dan kami pun dah tao nak search dekat mana, akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan dekat Plaza Angsana. Alhamdulillah, kami jumpa juga Laksa Johor walaupun tidak berapa nak ori la kan. Janji dapat makan Laksa Johor. Selepas kekenyangan, kami pun balik semula ke Negeri Sembilan, sebab esok kerja… hihihi


So, seperti biasa Cik Fazz akan hidangkan dengan beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang kami berada di sini… Selamat menjamu mata…





















Hujung minggu hari semalam Cik Fazz and The Gang telah pulang ke Negeri Sembilan, rumah my Mama. Saja je nak menghabiskan masa dengan keluarga. Bukan selalu dapat berjumpa kan… So, hargailah keluarga anda walaupun mereka garang, suka bising pasal kita, suka memaksa kita, dan macam-macam lagilah. Kerana, keluarga bukan boleh dijual beli dan bukan boleh dapat macam cari ikan dekat pasar… Tetiba membebel pasal family pulak ye…

Pada hari sabtu lepas, kawan Cik Fazz telah mengajak untuk menonton wayang dan kami telah pergi menonton cerita Maleficent di AEON Seremban 2. Sebuah cerita yang penuh rasa kasih sayang dari seorang penjaga yang mengasuh dari jarak jauh. Dan cerita ini bagi Cik Fazz boleh dikategorikan sebagai ‘not bad’.

Sebelum kami menonton wayang, kami telah pergi mengisi perut di Johnny’s Restaurant di Seremban 2. Kami telah memesan Thai Steamboat Set B. Disebabkan kami baru hendak cuba merasa, so for sure kita tak akan ambil set yang besar-besar kan…

Bagi permulaan untuk Thai Steamboat Set B, portion yang kami ambil tidaklah terlalu banyak, dan tidak juga terlalu sikit. Kira sedang-sedang la… Dan hasilnya, kami agak kekenyangan jugak la... Sup tom yam dia yang sedang-sedang pedas memang masyuk dan variety bahan untuk dimasak amat memuaskan hati kami semua.


Cik Fazz pun tak nak merapu yang pelik-pelik, so Cik Fazz hidangkan anda semua dengan gambar-gambar yang sempat kami snap ya. Jemput tengok… 











Wohaa! Akhirnya impian Cik Fazz and The Gang nak makan dekat Meatball IKEA tercapai. Tak sangka sungguh ada orang yang sudi bawa kami ke sana. Terima kasih Cik Aidayusnita sebab sudi menurutkan rasa makan kami semua ni hihihi Boleh click sini untuk tahu direction ke IKEA.

Confirm anda-anda semua di luar sana pernah sampai kat IKEA ni kan. Pada Cik Fazz yang pertama kali sampai kat sini, Cik Fazz amat kagum! Sampai mulut ni tak berhenti-henti sebut ‘Wow!!!’. Jakun sungguh diri ini. Almaklumla, orang kampung baru masuk Bandar. Ecehcehceh…

Untuk sesiapa yang tak pernah sampai macam Cik Fazz ni, IKEA ni bersebelah saja dengan The Curve, E Curve, dan KidZania. Tempat famous ni terletak di Damansara. Tak jauh dari One Utama dan Media Prima. Shopping mall ini sangat terkenal dalam kalangan orang yang suka shopping barangan branded. Cik Fazz juga ada dimaklumkan oleh rakan-rakan, yang shopping mall di sini selalu membuat SALE yang gempak. Shopping sampai rasa tak nak balik rumah! Hihihi

Nampaknya itu saja yang Cik Fazz dapat gambarkan kepada anda-anda semua. Jika anda yang sebelum-sebelum ini belum pernah sampai macam Cik Fazz, bolehlah mengunjungi shopping mall ni. Memang best habaq hang…!!! Dan pesanan Cik Fazz awal-awal, jika ingin shopping sakan di sini, tak perlulah untuk memakai kasut yang vogue-vouge sangat. Penat berjalan tao… Terlampau luas kawasan shopping mall ni. Cik Fazz rasa macam nak beli selipar je… hahaha Padan muka sendiri, siapa suruh pakai kasut kerja kan…

Kat bawah ni, Cik Fazz show kan dekat korang semua apa yang kami buat dekat shopping mall terkemuka ni ya... Get ready uols!!! Masing-masing jangan meleleh ayaq liur sudah la kihkihkih…