Showing posts with label Travelog Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Travelog Langkawi. Show all posts
          Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Haaa entry kali ni special sikit sebab ini trip yang penuh kejutan dan miracle. Untuk makluman korang, ini adalah trip yang entah ke berapa kali entah Cik Fazz ke Langkawi. Dah macam balik kampung halaman dah dibuatnya. Kerap sangat datang sana hahaha Tapi trip kali ni paling epic dalam banyak2 trip yang Cik Fazz pergi. Mana taknya, sudah la first solo trip! Dapat pulak terjumpa jodoh kat sana! Hahaha giler tak epic!

          Okay, ceritanya bermula begini. Disebabkan tahun 2017 ni Cik Fazz takde rezeki nak ke Langkawi dari awal tahun sampai dah nak masuk hujung tahun. So dalam hati Cik Fazz sering kali tertanya2 dengan Allah, adakah tahun ini sememangnya takde rezeki ke sana. Tapi kalau dah memang rezeki kita, memang takkan ke mana. Alhamdulillah tahun ni dapat juga ke Langkawi dengan redeem Big Point AirAsia. Dapat la pergi 3 hari 2 malam.

          Disebabkan solo trip, jadi semuanya kena lite2 saja. Cik Fazz just sewa kereta Viva (tapi dapat Axia), stay dekat hotel Dayang Bay Serviced Apartment & Resort semalam (view sangat cantik), makan buah-buahan bermusim di Mardi Agro Technology Park serta mendaki Gunung Raya. Tak lupa juga bersarapan pagi di Pantai Cenang dan makan laksa di Restoran Kak Yan dan gerai tepi Airport. Hajat dihati sebenarnya nak ke Langkawi sebab nak cari Che Nah Restaurant Roti Canai Black Pepper yang sedap. Tapi bukan rezeki Cik Fazz, sampai2 kedai tutup pulak. Punah segala harapan nak makan roti canai sedap… Nampaknya tahun depan kena masuk dalam itinerary food hunt la.

          Disebabkan forever alone, jadinya Cik Fazz tak pergi banyak tempat pun. Nak share apa pun tak tahu nih hahaha Tapi Cik Fazz ada benda nak share dengan korang ni. Trip kali ni Cik Fazz terjumpa jodoh la. Tapi tak tahu la betul2 jodoh Cik Fazz ke bukan. Buat masa sekarang ni kita just follow the flow je la… Kalau ada jodoh tak ke mana kan. Muwahahahaaaa…

12/11/2017

          Flight malam dik non oi… Flight Cik Fazz asalnya jam 11.38pm, tapi Airasia buat pasal weh. Dia delayed sampai nak dekat 12am. Sampai je airport Langkawi dah jam 1.00am lebih, Cik Fazz terus ambil kereta sewa dan bergerak check in di roomstay dekat area Kedawang. Disebabkan dah mengantok sesangat, sampai tak perasan nama roomstay tu apa. Yang Cik Fazz perasan ada Buffalo kat signboard dia.

13/11/2017

          Bangun awal pagi, terus keluar nak tengok suasana roomstay. Ya Allah! Cantik rupanya persekitaran roomstay ni. Bayangkan rumah di tengah sawah dan dihamparkan pemandangan sunrise disebalik gunung-ganang. Memang superb! Dan lagi sekali Cik Fazz lupa nak snap nama roomstay ni (tepuk dahi) Huhu


         
          Settle check out, perut yang lapar perlu diisi. Jadi, dengan bangga pergi la mencari Che Nah Restaurant Roti Canai Black Pepper. Apakan daya hampa belaka. Kedai tutup laaa… Kepala terus merangsang sel2 otak nak sarapan kat mana. Sudahnya, beli nasi lemak dekat kedai makan depan Hotel Fave dan bergerak menuju ke Pantai Cenang. Haaa, tang ni yang tak best! Baru nak dekat setahun nak menjejakkan kaki ke Langkawi, sekali jalan dia dah one way ticket laaa… Haila, jenuh la nak pusing balik ke kedai tadi tu. Sebab kat situ ada traffic light nak ke Pantai Cenang. Kena masuk situ ye untuk ke pantai. Sejak bila la dia buat jalan pantai tu 1 way pun tak tao la huhu



          Cik Fazz parked kereta dekat area Mali-Mali Beach Resort, dan lalu kat celah2 resrot tu untuk ke pantai. Kat sini la yang ada Kalut Café tu… Alaaa, yang ada bean bag macam ala2 Bali tu. So Cik Fazz tumpang payung pantai dorang untuk bersarapan dan snap beberapa gambar kat pantai.   Lepas sarapan kat pantai, Cik Fazz pergi melantak pulak kat Restaurant Kak Yan Nasi Campur. Kengkonon nak try kerabu Beronok. Rupanya, Cik Fazz pergi terlalu awal. Mana tak awal, baru jam 10.00am kot hahaha Sudahnya kerabu beronok tak dapat maka kita beronok2 la dengan ikan bakar degan laksa dia je la…





          Perut dah kenyang untuk kali kedua, so, kita pergi MARDI pulak sebelum nak ke Pekan Kuah. Sampai MARDI, kena la keluarkan duit untuk bayar fee. Tak mahal mana pun, RM10 untuk Malaysian (Adult). Dah bayar, kita masuk dalam dan perlu tunggu di hentian tram. Tram pun sampai, kita naik dan ready pusing2 dalam kawasan MARDI (MARDI Langkawi ni lagi best daripada MARDI dekat Cameron Highland). Nanti tram akan stop dekat 1 hentian rehat. Kat situ kita akan dihidangkan dengan buah2an musim yang dah berbuah kat MARDI. Boleh la makan sampai lebam. Cik Fazz memang dah lebam teruk la. Mana taknya, 10 minit yang lalu baru lepas melantak nasi dengan laksa kot. Mau kembung perut makan buah ni weh (siap bungkus pisang dalam beg tak menahan) hahahaa






          Masa kat MARDI ni Cik Fazz berjumpa dengan 1 famili daripada Singapore yang bercuti kat Langkawi ni. Dorang ada tour guide sekali. Masa Cik Fazz nak gerak ke Kuah, tour guide ni ajak join dorang naik Gunung Raya. Yang mana gunung ni Cik Fazz tak pernah naik lagi sepanjang bercuti ke Langkawi. So bila orang mengantok disorongkan bantal, kita pun apa lagi laaa… Cik Fazz pun follow dorang dari belakang. Huish, nak naik gunung ni boleh tahan. Jalan dia kecik weh. Siap licin lagi baru lepas hujan.





          Sampai puncak tu nak parking pun 1 hal jugak. Hahaha orang tak pernah parking kat cerun, kita parking kat cerun. Dalam kepala ni dok pikir, mau terjunam gak kereta ni ke bawah! Hahaha Padahal takde pape pun yang jadi. Keluar kereta terus bergambar kat lereng2 tu. Lepas tu naik menara peninjau dia. Dah naik rasa macam tak mahu turun sebab kat atas ni sejuk naw2. Best jer… Kat atas menara tu dorang ada sediakan cinnamon tea.

          Lama jugak kat atas menara tu tengok keindahan ciptaan Allah, sampai rasa tak mahu turun. Macam tak boleh move on. Tapi kena turun jugak sebab nak kejar masa ke Kuah untuk check in hotel. Maka kita turun ke bawah jugak la… Setelah ucap terima kasih dan selamat jalan dekat tourist daripada Singapore tu, Cik Fazz gerak turun dari Gunung Raya dalam kadar segera. Sekali kat tengah jalan, alamak, minyak dah blinking weh! Jantung ni dah dup dap dup dap je. Dalam kepala ni dah bermonolog sendiri, sempat ke sampai kat bawah ni?? Macam mana kalau kat tengah2 jalan ni kereta ni berhenti?? Sape nak tolong nanti?? Tapi, Alhamdulillah…. Kereta sempat sampai ke petrol pam. Fuhh!! Rasa macam nak tercabut nyawa time tu hahaha Memang dugaan betul la travel sengsorang ni…

          Lepas dah siap isi minyak, Cik Fazz meneruskan perjalanan ke Kuah. Sampai Kuah terus ke HIG baru sebab nak beli cokelat orang pesan. Lepas ke HIG baru, Cik Fazz terus waze hotel untuk check in. sampai hotel kita rehat2 dulu. Lepas asar baru gerak ke HIG lama dan pecut ke Laksa Ikan Sekoq Airport Langkawi nak kejar sunset beb. Tapi sudahnya, hujung2 sunset je yang Cik Fazz dapat. Jadi la daripada tak ada langsung kan. Masuk maghrib jugak la Cik Fazz kat tepi airport tu makan laksa. Lepas tu gerak balik ke hotel sebab malam kengkononnya nak keluar makan. Tu pun sebab ada orang ajak dinner (tour guide yang hajak dinner weh!) hahaha Habis 1 Langkawi di bawak pusing. Jam 2.00am baru balik hotel. Padahal esok flight awal pagi beb!






14/11/2017


          Pagi2 dah tak sedap perut dan rasa nak muntah. Turun breakfast kat restaurant hotel pun macam tak ada selera. Sudahnya, terus check out dan gerak ke airport. Sebab trauma penah kena tinggal dengan MAS dulu, jam 7.30am dah terpacak kat airport Langkawi hahaha Sambung breakfast kat Marrybrown, check in dan terus tunggu kat gate untuk pulang ke Kuala Lumpur terchenta…. Maka berakhirlah episode di Langkawi bagi tahun 2017. Semoga kita berjumpa lagi tahun depan Langkawi. Bubai…..


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua readers. Harini Cik Fazz nak share entry trip BFF plus bridal shower geng Cik Fazz ke Langkawi. Kami memlilih trip ke Langkawi kerana kami tak boleh move on dengan Langkawi tercinta. Untuk trip kali ini, Cik Fazz pergi berlima. Semua BFF Cik Fazz. Kami spent almost RM500 per pax. Semua tu include hotel, kereta sewa, tiket masuk, makan dan segala mak nenek deposit yang diperlukan.

Trip kami bermula dari 1 Dis hingga 4 Dis 2016. Selama 4 hari 3 malam kami stay dekat Mali-Mali Beach Resort. Cik Fazz pilih Mali-Mali ni sebab dia betul-betul dengan dengan pantai dan juga kat belakang hotel ni ada bar yang menyediakan bean bag. Jangan pulak salah sangka bila Cik Fazz cakap ada bar, semua orang fikir Cik Fazz ni peminum pulak. Cik Fazz just berminat dengan bean bag yang ada dekat bar tu sebab view dia ala2 dekat Bali. So dah tak payah pergi jauh2 lagi sampai kat Jinbara semata2 nak merasa duduk dekat bean bag kat tepi pantai.

1 Disember 2016
Hari pertama hanya Cik Fazz, Miss Jane dan Cik Dayah je yang bertolak dulu. Sesampainya kami di KLIA1, hampir gugur jantung kami sebab barisan untuk check in seriously panjang giler. Kami naik bus dari Paradigm Mall jam 5am, 5.50am kami sampai kat airport. Settle check in hampir jam 7am. Flight pun kami hampir2 terlepas. Nasib la makcik MAS tu benarkan kami check in baggage lagi. Tu pun kena hantar dekat beg terlebih muatan hahaha hentam la… Kalau tak, nak je kami campak beg tu tinggal kat airport. Settle je masuk balai pelepasan, dengan pantas Cik Fazz membuat pecutan akhir hingga ke garisan penamat. Punyalah hujung dia park kapal. Sampai krem kaki berlari punya pasal. Sabar je la… Macam nak tercabut nyawa Cik Fazz dibuatnya, takut kena tinggal dengan kapal hahaha




Elok dah masuk dok diam dalam kapal, kami merehatkan diri. Just sit back, relax and enjoy our journey to Langkawi. Sesampainya kami di Langkawi, misi menunggu kereta sewa. Sambil2 menunggu kereta sewa, kami pi alas perut dulu kat Marrybrown. Elok je habis makan, kereta sewa pun sampai. Dan wallah! Polo sedan beb…. Asal minta Saga Auto, sekali dapat Polo hehehe Melaram la kami trip kali ni…




Settle urusan kereta sewa, kami teruskan perjalanan sementara menunggu untuk check in hotel. So kami decide untuk pergi ke Wildlife Park & Bird Paradise. Harga tiket pula RM24 seorang untuk dewasa. Jadi kami pun menjadi kanak2 riang melihat haiwan2 yang ada di dalam taman ni. Kami habiskan masa hampir 2 jam jugak di sini. Betul2 rasa macam kanak2 riang lak hahaha Siap bagi makan burung unta la, rusa la, raccoon dan lain2 lagi.















Tamat masa menjadi kanak2 riang, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Tengah untuk check in di Mali-Mali Beach Resort. Tapak parking agak limited, so kena parking kereta tepi jalan area hotel. Nak senang, parking je area Laman Padi tu pastu jalan kaki depan sikit je. Tak jauh pun….

Mali-Mali Beach Resort merupakan hotel last choice Cik Fazz. Sebelum ni kami pilih Malibest Resort Langkawi yang menjadi viral di facebook. Masa booked harga yang dipaparkan 1k lebih2. BFF Cik Fazz kata harga tu berbaloi. Tapi bagi Cik Fazz, kalau setakat untuk tempat mandi, tidor dan simpan barang2 dok kat hotel murah2 pun dah ok. Lepas tu Cik Fazz try cari tempat harganya affordable untuk stay. Dan akhirnya Cik Fazz terjumpa la Mali-Mali Beach Resort ni. Harga semalam kalau ikut owner RM280. So untuk 3 malam jadi la RM840. Tapi Cik Fazz booked guna traveloka, harga dalam RM580 untuk 3 malam. Sorang bayar RM116 untuk bilik. So, affordable ke idok…??

Selepas check in, kami rest dan tukar apa yang patut. Dalam jam 6pm macam tu kami gerak ke pesisir pantai bersebelahan airport untuk makan laksa sementara menunggu Cik Rina dan Cik Dah nak landed. Tapi kali ni Cik Fazz rasa macam dah kureng dah rasa laksa ikan sekor kat area situ. Ke Cik Fazz pergi salah kedai hahaha



Sesampai saja mereka di Langkawi tercinta, Cik Fazz bawa mereka semua makan kat Veena Thai Restaurant di Kuah. Seperti biasa, kedai tu memang ramai pelanggan dan masa untuk makanan sampai agak lama jugak. Kami order Siakap Masak Stim, Tom Yam, Telur Dadar dan Kailan ke Kangkung Belancan. Total damage untuk dinner tu RM50++ sahaja. Worth it sangat bagi kami. Dah la murah, makanan sedap pulak tu! Lepas dah menggembirakan perut, kami terus balik ke hotel untuk merehatkan badan untuk aktiviti esok pulak.




2 Disember 2016
    Hari kedua kami memulakan dengan misi mencari pantai di Langkawi. Tapi sebelum tu kami kena la isi perut dulu. Dalam perjalanan mencari pantai2 yang berkenaan, kami ternampak 1 restoran, namanya Kak Yan Nasi Campur. Cik Fazz baru teringat, kedai makan ni la yang fofular dengan kerabu Bronok. Kami singgah makan kat situ dan masyaAllah, banyak betul lauk pauk dia. Rambang mata sampai tak tahu nak ambil apa hahaha Nampak tak ketamakan di situ. Total damage kami makan kat situ dalam RM50++ jugak. Still murah bagi kami.

Setelah memanjakan perut, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Pasir Hitam, Pantai Pasir Tengkorak dan Tanjung Rhu. Ini pertama kali kami sampai ke kawasan pantai di sebelah atas Langkawi.  Pemandangan yang sangat cantik kerana view dia menghadap laut lepas dan hampir dengan negara Thailand. Satu yang kami suka dengan pantai2 kat area sini sebab kat sini tak ramai orang dan mungkin mereka tak tahu view dan pantai kat sini lagi cantik dan bersih berbanding area yang menerima kunjungan ramai pelancong. Tapi yang lawaknya, kami mencari Pantai Pasir Hitam menggunakan waze sampai sesat barat hahaha








    Selepas menikmati pemandangan di pantai2 yang cantik tu, kami meneruskan perjalanan ke Kompleks Kraft Langkawi yang terletak berhampiran dengan Pantai Pasir Hitam. Kat sini jika anda seorang yang sukakan dengan barang2 kraft tangan dan batik, boleh la datang kat sini. Harga2 barang pun agak berpatutan bagi yang berkemampuan. Kami just tengok2 saja apa yang ada dalam kompleks tu dan bukan nak membeli sangat pun.

      Selepas kami keluar daripada kompleks kraft tu kami ke Pantai Pasir Hitam untuk melihat betapa hitamnya pasir di pantai itu. Kami jumpa pantai ni pun sebab masa cari jalan untuk ke Kompleks Kraf Langkawi. Kat situ kami sempat jugak la membeli belah hahaha macam takde tempat lain nak shopping. Lepas perabih duit, kami pi la turun bawah nak tengok pantai. Boleh la tahan pantai kat sini. Kami pergi kejap ke sebab lepas ni nak ke MARDI pulak.



       Elok je kami sampai kat MARDI, sekali MARDI tutup daaa… Hampa betul kami semua sebab tak dapat nak makan free buah2an kat MARDI tu. Kami lupa pulak harini hari Jumaat, so MARDI memang tutup. Esok baru bukak. Punah la harapan kami nak makan buah2an kat situ. So dengan hampanya kami meneruskan perjalanan ke Makam Mahsuri yang terletak tidak jauh daripada MARDI.

       Sampai kat Makan Mahsuri dalam jam 3pm, kami terus beli tikat masuk dan tiket teater sebab memang niat nak datang ke makam ini untuk menonton teater Mahsuri. So kami kena bayar lebih kurang RM13 per pax kalau tak silap. Harga tiket masuk je pun dah naik harga. Tapi sebab nak tengok teater punya pasal, kami bayar je la… Dan kami terus bergegas ke bilik teater untuk menonton. Habis persembahan dalam jam 5pm. 2 jam juga kami menonton persembahan teater berkenaan Mahsuri. Selepas teater habis, kami bergambar di rumah2 yang ada kat situ. Kami keluar daripada makan lebih kurang jam 6pm dan meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah untuk food hunting kat Thai Food Feast yang bertempat di area Pekan Rabu.






      Bagi kami semua makanan kat pesta Thai tu sangat sedap dan orang2nya juga sangat ramah. Melayan jugak la  kepala ting tong kami. Dapat la jugak kami beli beberapa makanan tradisional orang Thai. Aiskrim kelapa la, kerabu meggi la, apam balik apa ntah nama dia. Semua sedap belaka! Kat sini kami kena cover sikit makan. Sebab dinner nanti nak makan dekat Seashell, Laman Padi pulak.






       Masa untuk dinner!!! Kami terus ke Seashell dan memilih untuk makan dekat pondok yang berada di tengah2 bendang. Dulu kami tak pernah terfikir nak makan dekat sini sebab dalam kepala ingat makanan kat sini mahal. Almaklumla, dulu masih tak pandai nak bajet hihi So kami order Nasi Periuk Kukus Ikan Siakap Masak Sweet & Sour untuk 5 pax dengan harga RM100. Still cheapest for us! Kami makan sambil bertemankan nyanyian unggas ria dan gigitan nyamuk. Haa, nak sangat makan kat tengah bendang kan, so bersiap sedialah dengan serangan mereka hahaha







       Bila perut dah kenyang, mata pun melayan je la nak tidur. Tapi kami masih perlu mencari mesin ATM untuk check saki baki apa yang ada dalam akaun. So dengan gagahnya kami berjalan kaki ke mall yang berhampiran melalui persisir pantai. Ambil angin pantai orang cakap. Balik dari ATM, kami singgah bar café yang ada bean bag ala2 macam kat Bali tu... Teringin sangat nak duduk atas bean bag kat tepi pantai kan…. Dapat la merasa jugak hihi




        3 Disember 2016
          Jam 7am kami dah siap2 ke pantai nak mandi air laut. Dari 1st day jejakkan kaki ke Langkawi, harini baru dapat berendam dalam air laut. Punya la sedih. Lepas berendam dalam air laut. Kami pi bantai berendam dalam pool kat hotel pulak. Tak semenggah sungguh. Alah, kami berendam pun takde la lama mana. Sebab kejar masa nak pergi ke Cable Car pulak harini.

        Perancangan awal kami nak breakfast dulu kat area Kedawang. Pastu terus pegi ke Cable Car dan ke MARDI. Kami terus bersiap2 dan keluar menuju ke tempat makan yang kami ternampak semalam. Kami pergi makan dekat kedai yang serve roti canai. Alhamdulillah tak sangka betul kedai yang kami nampak semalam tu dia jual roti canai. Kiranya kedai yang semata2 jual roti canai. Segala mak nenek jenis roti canai ada. Nak inti kambing, daging, ayam, macam2 la. Semua ada. Harga pun sangat2 murah dan semestinya seda dan roti dia lembut. Tokey kompom orang kita Melayu Mamak. Cumanya, service dia lambat sikit, sebab ramai sangat pelanggan. Akhirnya tercapai jugak hasrat Cik Fazz nak makan roti canai dekat Langkawi. Macam takde kerja kan. Punyalah banyak roti canai kat Malaysia ni, sampai ke Langkawi dicarinya.

       Dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke Cable Car yang terletak di Gunung Mat Chincang. Seharian jugak la kami menghabiskan masa di Cable Car. Kami masuk Muzium 3D, of course naik cable car, dan naik Skyglide untuk ke Skybridge. Kami keluar dari Oriental Village hampir jam 5pm. Musnah untuk kali kedua harapan kami nak ke MARDI. Sabar je la… Nampaknya MARDI tu kena pergi lain tahun la hihi


















          Disebabkan esok dah nak balik KL, flight pun awal pagi. Jadi kami decide nak pergi shopping terus dekat Kuah. Dalam perjalanan nak ke Kuah, kami singgah kat Beras Terbakar jap. Shopping kat situ kejap. Kemudian kami teruskan hasrat untuk menghabiskan sisa saki baki duit kami. Paling menakjubkan, kami shopping selama 1 jam je. Sebab berkejar nak dinner dekat Restoran Wan Thai. Takut Wan Thai tutup. Nanti melepas pulak nak makan besar hahaha Total damage makan dekat Wan Thai dalam RM150++ dan sangat berpuas hati walaupun portion nasi dapat sikit hihi






        4 Disember 2016
        Harini merupakan hari terakhir kami di Langkawi. Flight kami jam 9.05am. kami dah berada di airport pada jam 7.45am. Tapi disebabkan makcik MAS kat kaunter tu cakap kaunter dah tutup walaupun dekat board masih terpampang Check In/Daftar Masuk, tapi kami semua dah tak boleh check in. Hampeh betol! Malas nak bertekak punya pasal, kami dengan paksa rela terpaksa membeli tiket on the spot yang berharga RM300++ per pax. Botak kepala kami huhu Hilang mood nak berjimba2 sebelum balik. Gagah gak la membayar sebab nak balik KL sangat. Memang lepas ni kami trauma sikit dengan MAS. Tiada maaf bagi mu wahai MAS. Alhamdulillah kami sampai dekat KL dengan selamat.






TOTAL DAMAGE:

Tiket flight:
MAS – RM132 (return) per pax
**Malindo – RM310 (1 way) per pax
Hotel:
Mali-Mali beach resort (04 - 955 7555) – RM116 per pax
Deposit hotel: RM10 per pax
Kereta sewa:
Saga Auto / Polo sedan auto: RM60 per pax
Duit minyak + Deposit kereta: RM34 per pax
Duit makan: RM100 per pax
Duit entry: RM100 per pax





**Nota: Kami ambil iktibar lepas ni kena check in siap2 kalau naik flight MAS atau mana2 airlines. Taknak kena tinggal lagi walaupun hakikatnya kami tak bersalah. Mangkuk tingkat betul la.