Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera rakan2 sekalian. Hampir 5 bulan menyepi dari blog ni kerana kekangan masa, sekali buka blog, mak aih sikit lagi nak bersawang blog ni hihi Okay, kali ni sis nak share aktiviti yang sis buat last month yakni kejadian berlaku pada 6-10 September 2018. Kejadian berlaku di KUL – JAK – BDG – JKT – KUL. It’s a trip to Bandung dan Jakarta. Untuk pengetahuan korang, before this sis pernah sampai ke Bandung pada tahun 2015. And sekali lagi sis pergi menjejakkan kaki ke kota Bandung untuk kali yang kedua pada tahun 2018 ini.

Trip kalini sis follow geng Redang sebelum ni. Just pergi bertiga je. Pergi bertiga pun macam pergi 10 orang! Hahaha FYI, total hangus terbakar semua almost RM1.5k jugak la termasuk tiket flight + fee entrance wisata + supir + hotel + makan + shopping. Nampak figure spent tu macam besar kan, tapi berbaloi sesangat. Tak menyesal!!!

Disebabkan sis just follow my fellow friends, so sis takde la prepare pape untuk ke Indonesia. Sis just prepare duit je untuk bayar. Maka inilah trip pertama yang sis relax je takde nak kena buat pape. Takde nak kena perah otak nak arrange ke mana atau nak buat apa untuk trip ni. So, sis just malas nak panjang2kan cerita, moh ler tengok moment yang sempat kami capture sepanjang trip ini.

6/9/2018
            Hari pertama kami berkumpul di KLIA1. Flight jam 6.50 a.m. Bertapa di KLIA1 dari jam 1.30 a.m. Dah settle check in semua bagai, kita berOOTD sekejap sebelum masuk gate.



Landed di airport Jakarta dalam jam 8.40 am macam tu. Collect luggage dan kami terus keluar airport untuk mencari shuttle bus ke Bandung.



Sesampainya kami di Bandung, supir kami menjemput kami berdekatan dengan Gedung Sate. Bergambar di Gedung Sate barang saat, kami terus di bawa ke tempat makan. Kami di bawa dinner ke Restoran Belacan.





Perut pun dah kenyang, tenaga pun dah kembali pulih. So, masa untuk mengeringkan poket! Hari pertama terus pergi shopping uolssss…. Kerlasss sangat kau jah! Hahaha Destinasi yang dituju adalah Pasar Baru kerana hotel kami tidak jauh dari Pasar Baru.

Kat sini tak sempat bergambar sebab memasing dah sibuk shopping barang memasing. Settle shopping kami terus check in hotel dan berehat. Kumpul tenaga untuk esok pulak. Tenaga dah habis pusing 1 Pasar Baru hihi

7/9/2018
            Bermulalah perjalanan untuk hari kedua pula. Dimulakan dengan semangat yang jitu, selepas breakfast kami menuju ke The D’Lodge Maribaya. Aktiviti di sini adalah sesi bergambar. Mari kita lihat siapa yang kena!!!








            Memang terbaiklah aktiviti di sini. Cumanya kat sini kita tidak boleh bergambar menggunakan fone kita. Gambar hanya boleh diambil oleh photographer mereka. Dan kali perlu membayar untuk setiap gambar yang dipilih. Sekeping dalam IDR 10,000. Tapi berbaloi bayar mahal kerana semuanya cantik2 belaka.

            Seterusnya kami bergerak ke Dusun Bambu. Dulu masa 1st time pergi tak sempat cover sini, jadi kalini sis tak lepaskan peluang untuk ke sini. Melihat hamparan bunga yang cantik2 belaka. Terdapat juga Hammock untuk dicuba. Sis turut berkesempatan untuk try Hammock ni. Almaklumla, seumur hidup tak penah naik Hammock hihi Harga bayaran untuk Hammock ni dalam IDR20,000 per person. 









            Selesai berOOTD di Dusun Bambu, kami di bawak ke Floating Market. Kat sini sis tak sempat bergambar kerana sibuk nak solat dan makan. Sis kebulur!!! Hahaha Selesai makan di Floating Market, kami terus bergerak ke Cihampales. Kat sini sis tak shopping pun, sekadar cuci mata je.

            Dari Cihampales kami di bawa pula ke Bukit Teropong Indah. Nun jauh di puncak bukit mana pun tak tahu hahaha Kat atas bukit ni ada sebuah café yang mampu menyajikan pemandangan mata anda keseluruhan kawasan Bandung. Terdapat juga telescopes untuk melihat pemandangan jauh ke kota Bandung. Di sini juga sis sempat solat jamak. Tepat 8 malam kami bergerak pulang ke hotel.





8/9/2018
            Hari ketiga kami akan meneruskan perjalanan kami ke Kawah Putih. Dalam jam 9 pagi kami gerak ke sana. Sesampainya kami di puncak Kawah Putih, tour guide kami membelikan kami mask. Tapi seperti biasa, sis memang tak guna mask tu. Kengkonon tahan la dengan bau sulphur kat bawah tu hahaha

Maka bermulalah sesi bergambar di Kawah Putih! Hampir setengah jam kami di Kawah Putih, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, untuk makluman, kat Kawah Putih tu tak boleh stay lelama. Digalakkan hanya sekitar 15 minit kerana bau sulphur yang sangan kuat dan tidak bagus untuk pernafasan. OTW nak turun tu tetibe teringat jagung cheese kat kawasan parking Kawah Putih tu, tapi bila pergi sekali lagi dah takde yang jual. Rugi sangat tak dapat makan lagi. Sob sob sob









Turun je dari Kawah Putih kami terus ke Glamping Situ Patenggang. Di sini terdapat replica kapal yang digelar Pinisi Resto. Kerana kapal ini turut menyediakan restoran untuk pengunjung makan. Di bawah pula terdapat Batu Cinta dan terdapat juga sampan2 dan gerai makanan di bawah. Keberhasilannya sis dapat juga membeli jagung cheese walaupun rasanya tidak seperti di Kawah Putih. Jadilah buat pelepas hajat mengidam.






Petangnya pula kami bergerak ke Restoran Saung Andir yang terkenal dan solat jamak di situ. Setelah selesai makan, kami terus bergerak ke Cibaduyut dan seterusnya ke Factory Outlet. Kemudian menuju ke hotel untuk beristirehat.





9/9/2018
            Hari keempat kami perlu check out dari hotel dan bergerak ke Puncak/Bogor. Perjalanan yang memakan masa hampir setengah hari, melalui highway. Kami dalam kereta tak usah cakap la. Lepas bergelak ketawa, lepas tu karok. Dah penat karok, ketiduran. Dah penat tidur, mengunyah makanan. Dah penat makan sambung karok, ulang la semua aktiviti sampai la ke destinasi yang dituju.











            Sesampainya kami di Bogor, benda pertama yang kami buat adalah kami ke Taman Bunga Nusantara. Kami tiba di taman ini lebih kurang jam 3 petang. Sebelum terlupa, sis solat jamak dulu sebelum sakan bergambar. Tempat yang sangat menarik untuk dilawati dengan cuaca dan suasana yang nyaman sekali. Kami juga turut lunch sekali di sini kerana kami dah kelaparan walaupun dalam kereta mulut asyik mengunyah.

            Menghampiri jam 6 kami telah bertolak ke hotel untuk check in. harini tidak begitu banyak aktiviti yang dijalankan kerana kami kepenatan seharian atas jalan. Jadi kami decide terus check in hotel dan berehat. Lepas check in hotel kami cari restoran luar untuk dinner. Maka berakhirlah aktiviti pada hari ini.

10/9/2018
            Hari ini merupakan hari terakhir di Negara jiran ini, maka bangun pepagi kami breakfast di hotel dan terus check out. Tempat pertama dituju adalah Kebun Bunga Cibodas. Tempat yang sangat menarik untuk beriadah atau camping bersama keluarga. Kami sempat juga bergambar dan minum pagi sebelum bergerak ke Little Venice.











            Cuaca di Little Venice agak terik. Tapi tidak menghalang kami untuk melakukan aktiviti utama kami iaitu menaiki gondola. Terdapat beberapa aktiviti lain tetapi kami tidak terlalu berminat untuk mencuba. Maka selesai aktiviti kami di Little Venice kami terus bergerak menuju ke bandara. Masa untuk pulang ke Malaysia terchenta pula.



















            Maka berakhirlah perjalanan kami selama 5 hari 4 malam ke Jakarta dan Bandung, Indonesia. Ke manakah kita selepas ini???

0 comments: