Assalamualaikum wbt dan salam
sejahtera rakan2 sekalian. Hampir 5 bulan menyepi dari blog ni kerana kekangan
masa, sekali buka blog, mak aih sikit lagi nak bersawang blog ni hihi Okay,
kali ni sis nak share aktiviti yang sis buat last month yakni kejadian berlaku
pada 6-10 September 2018. Kejadian berlaku di KUL – JAK – BDG – JKT – KUL. It’s
a trip to Bandung dan Jakarta. Untuk pengetahuan korang, before this sis pernah
sampai ke Bandung pada tahun 2015. And sekali lagi sis pergi menjejakkan kaki
ke kota Bandung untuk kali yang kedua pada tahun 2018 ini.
Trip kalini sis follow geng
Redang sebelum ni. Just pergi bertiga je. Pergi bertiga pun macam pergi 10
orang! Hahaha FYI, total hangus terbakar semua almost RM1.5k jugak la termasuk
tiket flight + fee entrance wisata + supir + hotel + makan + shopping. Nampak
figure spent tu macam besar kan, tapi berbaloi sesangat. Tak menyesal!!!
Disebabkan sis just follow my
fellow friends, so sis takde la prepare pape untuk ke Indonesia. Sis just
prepare duit je untuk bayar. Maka inilah trip pertama yang sis relax je takde
nak kena buat pape. Takde nak kena perah otak nak arrange ke mana atau nak buat
apa untuk trip ni. So, sis just malas nak panjang2kan cerita, moh ler tengok
moment yang sempat kami capture sepanjang trip ini.
6/9/2018
Hari pertama
kami berkumpul di KLIA1. Flight jam 6.50 a.m. Bertapa di KLIA1 dari jam 1.30
a.m. Dah settle check in semua bagai, kita berOOTD sekejap sebelum masuk gate.
Landed di airport Jakarta dalam
jam 8.40 am macam tu. Collect luggage dan kami terus keluar airport untuk
mencari shuttle bus ke Bandung.
Sesampainya kami di Bandung,
supir kami menjemput kami berdekatan dengan Gedung Sate. Bergambar di Gedung
Sate barang saat, kami terus di bawa ke tempat makan. Kami di bawa dinner ke Restoran
Belacan.
Perut pun dah kenyang, tenaga
pun dah kembali pulih. So, masa untuk mengeringkan poket! Hari pertama terus
pergi shopping uolssss…. Kerlasss sangat kau jah! Hahaha Destinasi yang dituju
adalah Pasar Baru kerana hotel kami tidak jauh dari Pasar Baru.
Kat sini tak sempat bergambar
sebab memasing dah sibuk shopping barang memasing. Settle shopping kami terus
check in hotel dan berehat. Kumpul tenaga untuk esok pulak. Tenaga dah habis
pusing 1 Pasar Baru hihi
7/9/2018
Bermulalah perjalanan
untuk hari kedua pula. Dimulakan dengan semangat yang jitu, selepas breakfast
kami menuju ke The D’Lodge Maribaya. Aktiviti di sini adalah sesi bergambar.
Mari kita lihat siapa yang kena!!!
Memang
terbaiklah aktiviti di sini. Cumanya kat sini kita tidak boleh bergambar
menggunakan fone kita. Gambar hanya boleh diambil oleh photographer mereka. Dan
kali perlu membayar untuk setiap gambar yang dipilih. Sekeping dalam IDR
10,000. Tapi berbaloi bayar mahal kerana semuanya cantik2 belaka.
Seterusnya kami
bergerak ke Dusun Bambu. Dulu masa 1st time pergi tak sempat cover
sini, jadi kalini sis tak lepaskan peluang untuk ke sini. Melihat hamparan
bunga yang cantik2 belaka. Terdapat juga Hammock untuk dicuba. Sis turut
berkesempatan untuk try Hammock ni. Almaklumla, seumur hidup tak penah naik
Hammock hihi Harga bayaran untuk Hammock ni dalam IDR20,000 per person.
Selesai
berOOTD di Dusun Bambu, kami di bawak ke Floating Market. Kat sini sis tak
sempat bergambar kerana sibuk nak solat dan makan. Sis kebulur!!! Hahaha
Selesai makan di Floating Market, kami terus bergerak ke Cihampales. Kat sini
sis tak shopping pun, sekadar cuci mata je.
Dari
Cihampales kami di bawa pula ke Bukit Teropong Indah. Nun jauh di puncak bukit
mana pun tak tahu hahaha Kat atas bukit ni ada sebuah café yang mampu
menyajikan pemandangan mata anda keseluruhan kawasan Bandung. Terdapat juga
telescopes untuk melihat pemandangan jauh ke kota Bandung. Di sini juga sis
sempat solat jamak. Tepat 8 malam kami bergerak pulang ke hotel.
8/9/2018
Hari
ketiga kami akan meneruskan perjalanan kami ke Kawah Putih. Dalam jam 9 pagi
kami gerak ke sana. Sesampainya kami di puncak Kawah Putih, tour guide kami
membelikan kami mask. Tapi seperti biasa, sis memang tak guna mask tu.
Kengkonon tahan la dengan bau sulphur kat bawah tu hahaha
Maka
bermulalah sesi bergambar di Kawah Putih! Hampir setengah jam kami di Kawah
Putih, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, untuk makluman, kat
Kawah Putih tu tak boleh stay lelama. Digalakkan hanya sekitar 15 minit kerana
bau sulphur yang sangan kuat dan tidak bagus untuk pernafasan. OTW nak turun tu
tetibe teringat jagung cheese kat kawasan parking Kawah Putih tu, tapi bila
pergi sekali lagi dah takde yang jual. Rugi sangat tak dapat makan lagi. Sob
sob sob
Turun je
dari Kawah Putih kami terus ke Glamping Situ Patenggang. Di sini terdapat
replica kapal yang digelar Pinisi Resto. Kerana kapal ini turut menyediakan
restoran untuk pengunjung makan. Di bawah pula terdapat Batu Cinta dan terdapat
juga sampan2 dan gerai makanan di bawah. Keberhasilannya sis dapat juga membeli
jagung cheese walaupun rasanya tidak seperti di Kawah Putih. Jadilah buat
pelepas hajat mengidam.
Petangnya
pula kami bergerak ke Restoran Saung Andir yang terkenal dan solat jamak di
situ. Setelah selesai makan, kami terus bergerak ke Cibaduyut dan seterusnya ke
Factory Outlet. Kemudian menuju ke hotel untuk beristirehat.
9/9/2018
Hari
keempat kami perlu check out dari hotel dan bergerak ke Puncak/Bogor. Perjalanan
yang memakan masa hampir setengah hari, melalui highway. Kami dalam kereta tak
usah cakap la. Lepas bergelak ketawa, lepas tu karok. Dah penat karok,
ketiduran. Dah penat tidur, mengunyah makanan. Dah penat makan sambung karok,
ulang la semua aktiviti sampai la ke destinasi yang dituju.
Sesampainya
kami di Bogor, benda pertama yang kami buat adalah kami ke Taman Bunga
Nusantara. Kami tiba di taman ini lebih kurang jam 3 petang. Sebelum terlupa,
sis solat jamak dulu sebelum sakan bergambar. Tempat yang sangat menarik untuk
dilawati dengan cuaca dan suasana yang nyaman sekali. Kami juga turut lunch
sekali di sini kerana kami dah kelaparan walaupun dalam kereta mulut asyik
mengunyah.
Menghampiri
jam 6 kami telah bertolak ke hotel untuk check in. harini tidak begitu banyak
aktiviti yang dijalankan kerana kami kepenatan seharian atas jalan. Jadi kami
decide terus check in hotel dan berehat. Lepas check in hotel kami cari
restoran luar untuk dinner. Maka berakhirlah aktiviti pada hari ini.
10/9/2018
Hari
ini merupakan hari terakhir di Negara jiran ini, maka bangun pepagi kami
breakfast di hotel dan terus check out. Tempat pertama dituju adalah Kebun
Bunga Cibodas. Tempat yang sangat menarik untuk beriadah atau camping bersama
keluarga. Kami sempat juga bergambar dan minum pagi sebelum bergerak ke Little
Venice.
Cuaca
di Little Venice agak terik. Tapi tidak menghalang kami untuk melakukan
aktiviti utama kami iaitu menaiki gondola. Terdapat beberapa aktiviti lain tetapi
kami tidak terlalu berminat untuk mencuba. Maka selesai aktiviti kami di Little
Venice kami terus bergerak menuju ke bandara. Masa untuk pulang ke Malaysia
terchenta pula.
Maka
berakhirlah perjalanan kami selama 5 hari 4 malam ke Jakarta dan Bandung,
Indonesia. Ke manakah kita selepas ini???