Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Rasanya dah lama Cik Fazz tak post entry. Akibat kekangan masa yang menghambat diri. Sehinggakan malam nak bertolak tu pun Cik Fazz masih gagah menyiapkan kerja yang diminta. Selalu macam tu tao, setiap kali nak bercuti mesti ada je kerja yang datang last minute. Korang ada tak kena macam Cik Fazz kena? Mesti ada punya lah kan…

Pada masa yang sama juga, Cik Fazz diuji dengan kehilangan sahabat baik Cik Fazz 2 hari sebelum fly. Sampai satu tahap Cik Fazz berbelah bahagi samada nak pergi bercuti atau batalkan sahaja percutian tersebut. Hasil pujukan dan nasihat daripada sahabat2 yang lain, mereka mengesyorkan yang sememangnya Cik Fazz perlu wajib pergi bercuti untuk menenangkan hati. Jadi sepertinya percutian kali ini tidak begitu meriah. Sekadar percutian membawa hati yang lara…

Percutian Cik Fazz kali ini adalah di Negeri di Bawah Bayu iaitu Sabah… Kota Kinabalu dan Kundasang menjadi pilihan Cik Fazz and the gang. Akhirnya bahagian borneo kami sudah berjaya tawan. Mission Accomplish gittew… Poyo je kan…

Rasanya trip kami sama je macam trip anda2 semua yang pernah pergi ke Kota Kinabalu. Rasanya tiada beza. Destinasi juga tiada beza. Jadi, Cik Fazz malas nak taip panjang2 ye hahaha Nasib la korang semua… hihi Cuma tak menahan, kami gagah untuk bangun seawal jam 4am untuk naik bus di Paradigm Mall untuk ke KLIA. Sebab tiket bus jam 5am manakala tiket flight jam 7am. Muka memang muka mengantuk la masa ambil bus tu hihi













Cuma kat sini Cik Fazz nak tekankan, kalau nak view yg cantik boleh la try stay dekat Hounon Ridge Farm & Camping tu. Memang debomm la view dia. Recommended gittew… Cik Fazz bagi 5 bintang. Kalau nak no telefon dia, ni Cik Fazz kasi (+6013 850 6460 - John). Boleh whatsapp je John tu untuk booking bilik mana yang kita nak. Macam kami haritu John yang recommend bilik mana yang sesuai untuk kami. Kebetulan tinggal sebuah bilik je. apa lagi, kami sanggup tukar tentatif sebab nak view cantik weh... 

Masa sebelum pergi ke KK, Cik Fazz buat review dekat semua blog yang berkenaan. Ramai yang pernah stay dekat hounon tu cakap, masa terbaik untuk melihat sunrise adalah pada jam 6.30am sehingga 8.00am. Sememangnya benar sama sekali. Bahkan lebih awal daripada itu. Jam 5.30am Cik Fazz dah siap mandi sebab kami nak terus check out jam 7.00am. So jam 5.30am tu kamera dah melekat kat tangan dan ready untuk snap gambar gunung. Ternyata pemandangan dari bilik kami memang tidak mengecewakan. Nanti Cik Fazz share dekat bawah ye. Jangan muntah sudah la ye hihihi

































Di hounon ni juga, menjelang petang sebelum masih waktu maghrib, jika haritu hujan, kabus akan memunculkan diri dan suasana akan menjadi betul2 sejuk dan nyaman. Perasaan ketika berada di situ sangat seronok lagi teruja. Memang pengalaman yang menarik bagi kami yang tak mampu untuk keluar Negara. Tak rugi spent duit dekat sini weh. Cuma, perjalan untuk sampai ke sini sahaja yang agak mencabar. Sebab honoun tu terletak dalam kawasan kampong Bundu Tuhan kalau tak silap. Pastu sambung ke Kundasang pulak. Haaa, sila la tengok sampai muntah lagi ye.


Lepas ke Kundasang kami singgah ke Jambatan Tamparuli. Lepas tu kami singgah ke Menara Tun Mustafa pula. Sebelum ke Menara Tun Mustafa, kami sempat singgah solat di masjid UMS. Kami meneruskan perjalanan ke Jesselton sebelum ke Signal Hill dan akhir sekali kami singgah makan malam kat Restoran Dapur Nur Adelia untuk try makan Ambuyat. Kat restoran Adelia ni, korang boleh try makan Mee Belangan dia. Superbeb!!! Sampai sekarang masih terasa2 dekat lidah ni kesedapan mee tu tao. Rugi tak try...




































Mee Belanga

Ambuyat


Manakala semasa kami berada di Bandar KK, kami agak kurang gemar dengan suasana Bandar yang agak sedikit kotor. Maaf Cik Fazz terpaksa juga luahkan rasa di hati. Tapi nasib baik ada perkara yang dapat hilangkan rasa hati Cik Fazz. Perkara itu adalah makanan sedap di Sunday Market di Gaya Street. Memang terbaik! Seperti makan makanan kat semenanjung. Sedap belaka!











Makanan tradisional Sabah



Perkara yang tak dapat kami lupakan semasa berada di KK adalah bila kala Cik Rina terkunci kat dalam toilet hampir setengah jam hahahaha Ampunkan kami ye Cik Rina sebab tak dapat tolong pape. Nasib la ada orang boleh tolong keluarkan awak dari tidur dalam toilet tu, kalau tak tidur dalam toilet la gamaknya hihihi

Kami habiskan percutian kami selama 5 hari 4 malam dengan rasa seperti tidak mahu balik ke semenanjung saja. Akan tetapi semua itu hanya angan2 yang pasti tidak akan menjadi kenyataan. Balik2 cuti je nanti banyak kerja yang menanti atas meja ye. Sila berpijak di bumi yang nyata ye. Sekian, terima kasih…














Sambut merdeka dalam flight





Steward selfie guna hp Cik Fazz





Pulau Senyum





Cik Fazz pasti suatu hari nanti akan kembali ke bumi Sabah lagi. Tapi kali itu, Cik Fazz nak pergi ke pulau2 pula. Sebab haritu tak sempat nak pergi ke pulau. Terasa rugi tak pergi. Teringin nak buat flying fox antara pulau ke pulau tu. Cik Fazz berdoa semoga dapat kembali menjejakkan kaki ke Sabah lagi. See u soon Sabah... 

Di bawah ni Cik Fazz ada senaraikan bajet yang kami spent setiap seorang tidak termasuk makan dan shopping. Sorang dalam RM460 utk kereta sewa, hotel dan flight tiket. Bagi Cik Fazz, figure tu amat berbaloi bagi kami yang tidak berapa nak hado2 ni... Kami bukan kaya, jadi kami bercuti cara bajet kami sendiri. Motto kami, travel selagi boleh. Tak kisah la walaupun dalam Malaysia sekali pun.


Tiket AA – RM690 return untuk 3 orang termasuk luggage dan meals
Hotel:
1. Hotel Hii 5 KK – RM90/3 untuk 1 malam
2. Hotel Holiday KK – RM240/3 untuk 2 malam
          3. Hounon Ridge Farm & Camping Kundasang – RM145/3 untuk 1 malam 
Kereta sewa – RM200 kereta jenis Saga Auto untuk sehari setengah (boleh deal dengan Helzy - 013 559 9261 / 013 865 8484)

0 comments: