“PUNTEN”. Apakah yang anda faham dengan perkataan itu? Haaa ni Cik Fazz nak terangkan dekat uols semua. Apakah punten? Punten adalah sejenis makanan kebanggaan orang JAWA Selangor. Jawa Selangor je yang masak dan makan makanan ni. Jawa dekat negeri lain setahu Cik Fazz macam takde dan tak penah jumpa. Kalau ada jawa lain yang penah makan, mohon kaborkan pada Cik Fazz ye.

Punten ni senang je nak masak. Dia macam nak masak nasi lemak jugak, cumanya dia berbeza sedikit daripada nasi lemak. Ok, Cik Fazz akan menerangkan cara-cara untuk membuat dan masak Punten ni. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut…

Bahan pertama:
1.      Beras
2.      Santan
3.      Air
4.      Garam
5.      Daun pandan

Bahan kedua untuk sambal:
1.      Ikan bilis
2.      Bawang merah
3.      Bawang putih
4.      Halia
5.      Cili padi
6.      Belacan (sebesar ibu jari)
7.      Garam (secukup rasa)
8.      Gula (secukup rasa)
9.      Air asam (secukup rasa)

Pertama, campurkan santan, garam dan air bersama. Santan tidak perlu terlalu pekat. Masak nasi seperti menanak nasi lemak dan lebihkan sedikit santan yang telah dicampur dengan air tadi. Jangan lupa masukkan daun pandan sekali. Masakkan nasi seperti biasa. Setelah nasi masak, masukkan nasi yang sedang panas ke dalam bekas yang dikehendaki dan tekan nasi sehingga padat. Biarkan sehingga sejuk. Potong nasi ketika mahu dihidang.

Kedua, cara-cara untuk membuat sambal pulak. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan belancan sekali. Setelah siap ditumbuk, bolehlah menumis di dalam kuali. Masukkan garam, gula berserta air asam secukup rasa. Tumis sehingga masak. Setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama punten yang telah siap dipotong tadi.

inilah rupa nasi yang telah ditekan tadi

ini sambal bilis

rupa setelah dipotong

sedia untuk dimakan!!!

Tanggal 17/1/2015 merupakan kali kedua Cik Fazz & The Gang berjimba di Taman Botani Negara Shah Alam a.k.a Bukit Cerakah. Pada kali ini, kami mengunjungi Rumah Iklim Sederhana 4 Musim yang jatuh pada musim salji. Harga tiket untuk masuk ke Rumah 4 Musim semasa musim sejuk adalah sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Mahal sedikit daripada musim-musim yang lain.

Cik Fazz ni sebenarnya memenuhi permintaan Cik Rina kita yang teringin untuk masuk ke dalam rumah 4 musim masa musim sejuk. Dia tu berangan nak ke Korea, tapi trip tu lama lagi. So dia nak merasa dahulu tahap kesejukan sebelum bercuti ke sana. Jadi, kami ni layankan sahaja.

Cik Fazz & The Gang pergi berlima dan sampai di destinasi hampir jam 11 pagi. Kami menyewa basikal yang pada kami harga basikal tersebut tidak berpatutan dengan kualiti basikal. Habis sakit punggung kami semua huhu Mana tidaknya, harga sewa basikal RM10 sejam pertama dan akan naik sebanyak RM5 bagi setiap jam tambahan. Kami sangat tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh penyewa basikal di situ. Tension mak!!! Huhu

Selepas mendapat basikal masing-masing, kami memulakan perjalanan kami menuju ke Rumah 4 Musim di atas bukit tu. Disebabkan hampir sedekad tidak menunggang basikal, dan kami juga  lupa untuk membuat stretching, kami hampir-hampir pancit semasa mendaki bukit. Segala kudrat dikerah untuk kami sampai ke destinasi. Walaupun tak jauh, tapi semput uols… Pengsan mak!!! Hahaha

Setelah mengharungi segala cabaran semasa mendaki, akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju. Tanpa berlengah masa, kami terus masuk ke dalam rumah tersebut dan kesejukan dirasai ketika di muka pintu utama lagi. Kami semua melangkah masuk dengan perasaan teruja dan kesejukan.


Cik Fazz tak dapat nak gambarkan perasaan semasa berada di sini, kerana sebelum ini Cik Faz pernah sampai kat Rumah 4 Musim ni, so bagi Cik Fazz biasa-biasa je la hehehe So, silalah melihat gambar-gambar kami yang menggila kesejukan di Rumah 4 Musim semasa musim salju. Pepiling Winter Sonata gitu uols….

P/S: ditujukan khas untuk sahabatku yang jauh iaitu #cekda dan #dayah