Assalamualaikum wbt dan
salam sejahtera sahabat2 sekalian. Kita bertemu lagi kali ini setelah hampir setahun tak update pape dekat blog Cik Fazz ni. Nampak la kat sudut2 tu macam dah bersawang hihi Entry kali ini
Cik Fazz nak share trip paling awesome. Tapi untuk entry kalini Cik Fazz rasa
Cik Fazz kena buat by episode laaa… Sebab sehari je jadual sangat padat! Sampai
rasa, mampu ke nak follow itinerary sendiri hahaha
Maka, pada 24th June hingga 1st July 2019, Cik Fazz telah mengembara ke Pulau Jeju bersama2 dengan
adik Cik Fazz. Pengembaraan berdua dan terjauh kami pernah sampai setakat ini. Dimanakah
terletaknya Pulau Jeju ini? Jeju merupakan salah satu pulau terbesar dan
tercantik di Korea Selatan. Pulau Jeju selalu dilawati oleh warga Korea ketika
musim panas atau mereka datang jika mereka mahu honeymoon. Tukaran matawang
masa ni dalam KRW 1,000 = RM 3.60.
Pulau Jeju ni saiznya
tiga kali ganda lebih besar dari Singapura. Semasa di Jeju, pelancong boleh
memilih samada mahu menggunakan scooter sewa, kereta sewa mahupun bas. Bagi Cik
Fazz better sewa kereta kerana mahu jimat masa dan lebih convenient. Perlu
diingatkan pada semua, pemanduan di Jeju berbeza dengan Malaysia kerana di sana
memandu di sebelah kiri dan jalan raya juga bertentangan dengan Malaysia. Agak
kekok pada awalnya. Untuk memandu di sana, kita hanya perlu membuat
International Driving Permit (IDL - boleh apply di JPJ ya kengkawan dengan
harga RM150).
Hampir setahun study dan
research tempat2 menarik, Cik Fazz berjaya menyusun itinerary selama 8 hari
keberadaan di Jeju. Terima kasih diucapkan kepada blogger2 yang pernah pergi ke
Jeju dan rakan2 group Road To Korea
di FB yang banyak membantu dan shared pengalaman dan nasihat. Antara yang turut
membantu adalah website Visit Jeju.
Banyak info yang berguna dikongsikan oleh helpdesk Visit Jeju. Trip kalini
memang trip bajet yakmat!!! Reason trip bajet sebab baru bertukar kerja baru. So,
jangan terkejut kalau banyak tempat yang kami pergi entrance fee dia murah
mahupun FOC.
Sebelum terlupa, kat
sini Cik Fazz nak maklumkan la dekat korang semua. Dekat Jeju ni Google Map
tidak boleh digunakan ya. So, korang2 semua boleh la menggunakan GPS yang
diberikan. Alternative lain korang juga boleh menggunakan Waze. Dekat Jeju
ni kadang2 tu Waze ni berguna jugak bila kita tak jumpa lokasi di GPS. Selain
tu, rajin2 la bertanya kalau tak tahu dan walaupun ahjumma ke ahjussi tu tak
paham bahasa omputih. Sepanjang kat sana, Cik Fazz try speaking dan
Alhamdulillah kalau dorang paham. Terkadang tu sepatah haram pun dorang tak
paham bahasa kita, tapi tunjuk la nama tempat dan in shaa Allah dorang akan try
tunjuk kat korang walaupun dah serupa bahasa ayam dan itik. Pengalaman mengajar
kita kan dan pengalaman itu sangat berharga. Tak gittew???
24th June 2019
Maka harini bermulalah pengembaraan tanpa menggunakan tourist guide ke Pulau Jeju. Sebelum
gerak, Cik Fazz sempat collect modem broadband di Roaming Man dengan bayaran sebanyak RM79 untuk 8 hari. Flight pada
jam 6.50am dengan menaiki AirAsia yang mana ianya adalah flight direct ke Jeju
tanpa perlu transit ke Seoul atau Busan. Penerbangan yang mengambil masa selama
6 jam tanpa henti. Akhirnya kami tiba di bumi Jeju pada jam 2.00pm waktu
tempatan.
|
|
|
|
Setelah selesai
mengambil bagasi dan melepasi kastam/imigresen, kami terus bergegas untuk
mengambil bus di HQ AJ Rent A Car (rasanya
sekarang ni company ni dah bergabung dengan company lain). Kami menyewa
kereta Kia Morning dengan bayaran KRW 173,160 selama 8 hari. Di AJ Rental ni
cara pembayaran boleh menggunakan cash. Harga sudah termasuk insurans kereta
dan GPS diberi secara percuma. Harga di AJ agak murah berbanding sewa di syarikat
lain. Mula2 drive agak kekok kerana di sana mereka sejenis left hand drive. Cik
Fazz sampai mengagau la cari gear kat belah kiri, padahal gear kat belah kanan
(face palm). Lepas tu nak ke kiri dengan u-turn pun take time sikit. Kang salah
masuk, naya jer weh!!! Nasib la ambil kereta comel, so takde la rasa macam
terlalu takut untuk drive. Ha, lagi satu ya, dekat
Jeju had kelajuan hanya 70 km/hh. Jadi bila anda ambil kereta sewa, please make
sure jangan bawa kereta laju2 sebab takut kena saman. Disepanjang jalan banyak
speed-trap ye anak2...
|
|
|
|
|
|
Settle ambil kereta
sewa, kitaorang teruskan perjalanan ke arah Seogwipo. Dari Jeju City nak ke Seogwipo
ni mengambil masa hamper sejam jugak la. Di sini lokasi hotel pertama kami akan
bermalam. Kitaorangstayed dekat Cordelia Resort. Sebelum check in Cik Fazz dengan
adik pergi mengisi perut dulu. Kami singgah makan dekat Willala Fish & Chips (GPS: 7825120). Kedai ni Cik Fazz jumpa
setelah baca satu blog yang menyatakan beliau mendapat info daripada IG Kina
Omar dan dinyatakan juga café ini safe to eat. Kitaorang order John Dori & Shark
+ Shrimp & Chips. Manakala beverage pula kami order Banana Shake dan
Harabong Ade. Total damage kat sini dalam KRW 50,000. Owner dan chef café ni
sangat peramah dan mereka boleh speaking.
|
|
|
|
|
|
Lepas kenyang, kita
haruslah check in hotel. Sebab tak solat jamak lagi. Tapi sebelum nak ke hotel
ni kami try tanya owner café laluan mana nak ke hotel sebab macam sengal2 ubi
pulak nak ke situ. Untuk hari pertama ni, kitaorang stay dekat Cordelia Resort (Waze). Hotel murah tapi mewah. Dekat hotel ni kita dibenarkan memasak. Tapi kitaorang hanya menggunakan microwave yang ada je. Total damage di
hotel ni untuk 3h2m adalah KRW 52,800. Hari pertama tiada aktiviti yang
memberangsangkan. Hanya stay di hotel dan merehatkan badan. Sebelum masuk
tidur, kami singgah 7e kat bangunan sebelah untuk beli nasi segera untuk
bekalan esok. Perlu tidur awal untuk pengembaraan yang mencabar diri, minda dan
hati perasaan. Gittew!!!
Bersambung.....