Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera warga blog sekalian.
Nampak sangat dah lama Cik Fazz tak menulis apa2 entry sejak last trip ke
Terengganu bulan 5 haritu. Ada la setengah tahun jugak Cik Fazz tak ke mana
disebabkan kekangan masa dan kewangan. Almaklumla, zaman sekarang ni semua
mahal. Nak ke mana2 pun kena fikir 2 3 kali sebelum buat keputusan.
Ok, kali ni Cik Fazz nak share trip Cik Fazz and The Gang ke Port
Dickson selama 3 hari 2 malam. Hari Jumaat 3/11/2017 yang lepas Cik Fazz telah
ke Port Dickson untuk bercuti bersama family. Sampai kat PD dalam jam 7.00 pm naik
KTM sampai Senawang then adik datang ambil.
4/11/2017
Pagi2 Sabtu adik dah ajak naik Bukit Batu Putih yang terletak di
sempadan Tanjung Tuan. Disebabkan dah lama tak hiking, so Cik Fazz bersetuju
untuk naik ke Bukit Batu Putih. Kami gerak lepas sarapan dalam jam 7 pagi. Dari
Condo Seri Bulan nak ke Bukit Batu Putih ada la dalam 7 minit perjalanan.
Sampai je dekat parking kereta PNB Ilham Resort, kami warming up sekejap dan
terus hiking.
Jangan risau, nak hiking Batu Putih ni tak perlu ada guider pun
takpe. Sebab trek dia senang je dan ramai orang yang datang hiking kat sini.
Rasa2 macam lost, tanpa segan silu boleh je tanya para hiker yang lalu kat
situ. Mereka semua ramah2 dan baik2 belaka. Siap saling bantu membantu sesama
kita.
Kat Batu Putih ni anda boleh pilih samada nak naik tengok rumah
api dulu atau nak naik ke puncak Batu Putih dulu. Macam kami, kami terus
memilih trek untuk ke puncak sebab kalau lewat2 nanti ramai kat puncak tu. So
nak bergambar pun tak semangat nanti. Sedangkan kami yang dikira awal la sampai
kat puncak tu pun, bila toleh kat bawah dah ramai yang beratur nak naik
bergambar. Dapat la beberapa keping gambar sebab nak berlawan dengan makcik2
bawang yang pantang nampak spot bergambar yang cantik bila kami sedang
bergambar huhu
Boleh dikira mood dah spoil nak bergambar, kami terus amik
keputusan turun dari puncak dan meneruskan perjalanan ke private beach yang ada
di celah2 Bukit Batu Putih tu. Cik Fazz perasan, tak ramai yang lalu private
beach tu dan masa kami bercanda kat situ, takde sesiapa pun yang datang nak
join mandi dengan kami hahaha Cuma kami ada jumpa brader tu yang camping lek2
je kat private beach tu. Cik Fazz kasi review la, private beach tu memang
cantik. Rata2 kawan Cik Fazz yang tengok gambar pantai tu semua cakap macam kat
Langkawi. Padahal kat PD je pun…
Settle bercanda dan bergambar, kami meneruskan perjalanan untuk
pulang ke condo dan sambung untuk sesi seterusnya. Sampai je condo kami berehat,
makan dan solat. Petang hari kita sambung aktiviti seterusnya di pantai. Petang
tu kami naik Banana Boat. Nak naik jetski tak mampooo… Nak naik ATV macam tak
berbaloi. So kita balik je la lepas main Banana Boat.
Malam hari kami hanya berehat dan melepak sambil melalak ikut
lagu yang didendangkan oleh orang2 yang berkhemah di bawah di persisir pantai.
Yela, perut dah kenyang. Sambil2 melayan mata, kita layan la lagu2 best yang
didendangkan oleh jiran bawah kan hihi
5/11/2017
Pagi ni kami turun ke pantai lagi
untuk bergambar area Klana Beach Resort. Sedang nak bergambar tu kami terperasan
ada belalai air. Kami yang tak pernah jumpa belalai air, ni jadi jakun kejap.
Belalai air ni terjadi disebabkan cuaca pagi tu yang mendung seakan2 mahu
hujan. Tapi Alhamdulillah pantai tak hujan. Jadi kami meneruskan aktiviti kami
pagi ni dengan menaiki Donat Boat.
Mak aih, rasa macam nak tercabut nyawa
Cik Fazz naik benda alah ni. Diri berasa confuse nak menjerit ke nak gelak.
Sepanjang perjalanan kami penuh dengan gelak dan jeritan sahaja. Sampai perit
anak tekak sebab gelak dan jerit saja. Si tukang rakam pun boleh tahan juga,
semedang gelakkan kami yang terapung2 kat atas boat tu hahaha Turun dari boat
tu rasanya hilang segala2 sakit badan akibat hiking semalam hahaha Nampak tak
betapa dasyatnya penangan Donat Boat tu.
Masuk tengahari kami bersiap2 untuk
pulang ke rumah. Esok kerja chuols…. Maka sampai di sini saja short trip Cik
Fazz dengan famili. Harap korang terhibur dengan entry pendek Cik Fazz ni eh