Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Hampir berbulan
Cik Fazz tak update entry dalam blog ni. Baru kali ni Cik Fazz berkesempatan
nak update trip Cik Fazz and the gang. Plan asal nak pergi berempat, akan
tetapi lagi dua orang last minute tak dapat join sekali. Jadi Cik Fazz dengan
Miss Jane je la yang meneruskan kelangsungan trip ni…. Disebabkan kerajaan
memperkenalkan #cuticutimalaysia #dekatjer. Maka, trip kali ni kami akan ke Pulau Kapas dan akan
ronda-ronda area Terengganu. So nantikan perjalanan kami meronda area
Terengganu.
3rd May 2017
Kami memulakan perjalanan ke Terengganu pada 3rd
hingga 7th May 2017. Hari 1st kami tido semalam di Marang.
Sebab nak ke Pulau Kapas perlu ambil boat di Jeti Marang. Kami stay dekat
Fishing Village Premium Homes semalam. Harga di sini sangat berpatutan. Malah,
owner homestay ni sangat ramah dan pemurah. Siap boleh guna motorsikal mereka.
Serta mereka berbesar hati untk hantar dan ambil kami di jeti. Siap boleh
tumpang rehat sementara nak teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu lepas balik
dari pulau.
Kami sampai di homestay ni dah lewat petang
sebab flight kami jam 3.00pm petang. Lepas check-in, kami pergi makan kat kedai
yang berhampiran, jalan kaki pun dah sampai. Petang sikit kami dipelawa oleh
pekerja homestay yang bernama Ida untuk bawa kami ronda2 area pantai Marang.
Menaiki motor wokeh! Hahaha 1st time bercuti pergi jenjalan naik
motor! Sebab selalu trip pergi beramai-ramai, so kena naik kereta la. Ni dah
berdua, jadi kita naik motor je laaa… Malam pulak kami merempit ke 7E untuk
beli jajan untuk dibawa ke pulau. Contohnya beli roti keping untuk bagi ikan
makan masa snorkeling esok hihi
4th May 2017
Pagi ni kami memulakan perjalanan ke
jeti marang dihantar oleh Ida. Sebelum naik boat, kami perlu daftar di kaunter
2. Ini kerana kami ambil pakej untuk ke Pulau Kapas. Kami mengambil pakej pulau
dengan Sakinah. Anda boleh visit ig kapas_vacay kalau nak amik pakej la. Kami
saje je amik pakej sebab senang nak ke semua tempat. Almaklumla, selama ni
pergi jenjalan ikut kepala sendiri. Bukan selalu pun kan nak amik pakej.
Kebetulan masa kami menunggu boat ke
pulau, ada event area jeti. Mereka juga akan ke pulau untuk menanam tukun. Jadi
boat kami delayed sikit la. Ingatkan flight je yang ada delayed, rupanya boat
nak ke pulau pun delayed jugak hihi hampir sejam baru kami dapat boat untuk ke
pulau. Dapat jugak la berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Sampai je dekat pulau, kami just letak beg dulu sebab tak boleh
nak check-in lagi. Kami menginap di Kapas Coral. So lepas letak beg kami
kembali semula ke boat untuk meneruskan aktiviti snorkeling. Kami snorkeling
sehingga jam 12.30pm. 2 jam dalam air laut yang masin boleh bikin kulit kecut
dan perut laparrrr….
Settle snorkeling 2 jam kat tengah laut,
kami pulang semula ke pulau untuk makan tengahari. Lepas selesai lunch masa
untuk check-in pula. Disebabkan ada event yang pagi tadi tu, pihak pengurusan
terpaksa melewatkan check in kami ke bilik. Berpuluh kalilah main mata dengan
pihak pengurusan nak check in cepat2 sebab badan dah start gatal2 main air
laut. Akhirnya jam 2.00pm baru kami boleh check-in. disebabkan dah berpuluh
kali main mata dan buat muka kesian, kami ditempatkan di bilik yang special
sikit. Kami dapat bilik 1st yang betul2 mengadap pantai dan tepi
restoran. Bahagia kejap hahaha
Dah dapat bilik kita pun apa lagi. Terus
mandi dan berehat di tilam yang empuk. Akan tetapi, disebabkan cuaca yang
terlampau panas, air condition dalam bilik tu terasa berbahang. Padahal dah set
paling low tu. Bila tanya pekerja, dorang cakap memang cuaca terlalu panas,
malam nanti insyaAllah sejuk la nanti. Memang, sesungguhnya malam memang baru
terasa kesejukan air condition tersebut.
Dah hilang lelah, petang2 sikit tu kami
jalan2 tepi pantai sambil makan keropok lekor dan hotdog. Sambil melihat Dato'
Sri Ahmad Shabery Cheek dan pegawai2 beliau main netball. Kami duduk di beranda
bilik sambil melihat suasana petang di pulau tersebut. Manakala makan malam pula
bermula jam 7.30pm, jadi kami masuk bilik dulu, solat dan menonton sementara
menunggu keadaan lengang di restoran.
Makan malam kami memang nikmat. Dapat
makan ayam bakar, jagung bakar, serta sotong bakar yang besar2. Kebetulan kami
datang masa musim mencandat sotong. Jadi sememangnya sotong yang dihidangkan
sangat memuaskan hati. Setelah perut kenyang, kami bersantai di buaian yang
disediakan sambil menikmati bintang malam di langit kapas. Serta halwa telinga
didedangkan dengan alunan muzik daripada band yang membuat persembahan. Jam
11.00pm baru kami masuk tidur sebab esok kami akan meneruskan aktiviti hiking
Bukit Singa dan akan ke Pulau Gemia pula.
5th May 2017
Selesai bersarapan kami menunggu guider
untuk hiking Bukit Singa. Bagi Cik Fazz, hiking kat pulau kapas ni agak pelik
sikit. kalau kat tempat lain kita start awal pagi kan, kat sini mereka start
hiking antara jam 10.00-11.00am. memang sejenis hiking tengah2 panas kot hihi
kita layankan je laaa…. Laluan hiking kat sini ada banyak, tapi disebabkan kami
tak ramai, maka guider bawa jalan short cut. Walaupun short cut, tapi laluan
dia agak mencabar juga sebab perlu lalu laluan batu-batuan tajam yang
menyakitkan.
Sampai di puncak bukit singa kami
bergambar sakan dan akan meneruskan perjalannan ke puncak bukit bersebelahan.
View di kedua2 tempat memang cantik. Terasa macam berada di Zakynthos Island,
Greece. Tak mahu kalah dengan oversea! Hihihi Setelah puas hiking dan bergambar,
kami akan ke aktiviti seterusnya iaitu melihat turtle sanctuary di pulau gemia.
Untuk masuk pulau ini perlu bayar RM2 untuk fees. Di sini terdapat juga hotel
yang boleh diinap. Tapi harga dia hanya orang yang berkemampuan yang boleh
stay. Macam kami ni kurang berkemampuan. Katanya Pulau Gemia ni tempat
singgahan kerabat diraja Terengganu untuk beristirehat.
Selesai
menikmati pemandangan dan bergambar di Gemia Island, kami pulang semula ke Pulau
Kapas untuk check-out dan mengambil beg untuk pulang ke daratan. Dekat jam
1.00pm baru kami dapat boat untuk pulang ke darat. Sesampainya kami di darat,
kami diambil oleh Ida pekerja Fishing Village untuk berehat sebentar dan
menyalin pakaian. Kemudian dalam jam 4.00pm kami dihantar ke Kuala Terengganu
(KT) untuk check-in hotel DJ Citi Point Hotel. Kami teramat berterima kasih
kepada pekerja Fishing Village kerana sanggup ambil kami di jeti dan kemudian
hantar pula kami ke hotel di KT pula.
Selesai
check in dan merehatkan sendiri, kami bercadang untuk pergi ke pasar malam
berdekatan dengan Pasar Payang. Hanya perlu berjalan kaki hampir 15 minit untuk
sampai ke destinasi. Kami beli siap-siap makanan malam sebab malam ni ni kami
nak berehat dalam bilik je tak ke mana. Manakala, dalam jam 10.00pm, kereta
sewa pula sampai. Perjalanan masih panjang, plan esok banyak, jadi kita rehat
sepuas-puasnya dulu malam ni.
6th May
2017
Pagi-pagi
lagi kami dah keluar untuk membeli sarapan dan membeli jajan di Pasar Payang. Selesai
membeli semua tu kami terus ambil kereta dan drive untuk bersarapan di Pantai
Batu Buruk. Sebelum cari port untuk sarapan, kami bergambar dahulu di buaian
yang banyak disediakan di persisir pantai. Walaupun masih berpagi-pagian, tapi
suhu di sini sangat terik. Dah rasa macam jam 12.00pm. Setelah bergambar sakan,
kami menuju ke salah sebuah menara yang berhadapan dengan A&W dan bersarapan
di situ.
Perut
pun dah kenyang, jadi kita akan memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya
iaitu ke Pantai Mangkuk di daerah Setiu. Kita pergi jauh sikit untuk makan
seafood. Kami singgah makan tengahari dekat area Pantai Mangkuk tu. Kami makan
Sotong Celup Tepung, Maggi Telur Sotong dan ABC. Restoran ni Cik Fazz lupa la
nama dia apa, tapi dia tak jauh daripada bulatan besar yang ada masjid tu.
Makan dibawah rimbunan pokok rhu sambil mengadap pantai. Memang syiok habis
la!!!
Seterusnya
kami meneruskan perjalanan ke Pantai Mangkuk. Kalau anda2 semua rajin nak
berjalan sehingga ke hujung, anda2 akan dapat melihat panorama yang indah
menanti anda dipenghujung pantai. Cumanya jalan untuk ke sini agak mencabar
jika anda memandu menggunakan kereta yang comel seperti Axia, Saga dan
seangkatan dengannya. Takut berdepan dengan tayar tenggelam. Tapi jika anda
sejenis yang mahir memandu, kereta comey lotey pun tidak menjadi masalah hihi
Selain
itu, kami juga sempat bergambar di pantai yang berhadapan dengan Terrapuri
Resort yang popular tu. Selesai bergambar di sini kami meneruskan perjalanan
pulang ke bandar kerana kami nak kejar masa untuk ke Bazar Kuih Tradisional
Terengganu yang popular di sini. Di gerai ini terdapat pelbagai jenis kuih
tradisional. Kedai ini dia hanya start buka pada jam 11.00am dan tutup jam
6.00pm. lepas beli kuih, kami sambung buat aktiviti laundry pulak. Almaklumla,
merantaukan… nasib ada tempat laundry tak jauh dari bazar kuih tu. Sambil makan
kuih, sambil tunggu baju siap masuh.
Settle
mendobi, kami meneruskan perjalanan bagi misi menternak lemak. Mula-mula kami ke
Gudang Makan, seterusnya Uptown Kontena, dan kemudian ke CVU I-Pata. Cumanya di
Uptown Kontena dan CVU I-Pata kami hanya sekadar melihat-lihat kawasana kerana perut
dah kenyang. Meneruskan perjalanan lagi kami ke Masjid Kristal, Masjid Terapung
(Masjid Tengku Tengah Zaharah) dan seterusnya pulang ke hotel untuk berkemas.
7th May
2017
Masa
untuk pulang!!! Disebabkan flight kami jam 8.00am, sesudah subuh kami gerak ke
airport. Takut kena tinggal lagi! (pengalaman mengajar kita) Hahaha Masa ni
memang tak sempat nak sarapan pagi pun. Lepas je check-in terus tercongok
tunggu kapal. Nasib la masa penerbangan tak lama. Touch down je kat KL kami
terus serbu kedai cari makanan.
Maka,
inilah serba serbi perjalanan kami berdua sepanjang berada di Terengganu. Kami sangat
berterima kasih kepada kawan Cik Fazz yang sanggup teman kami berjalan di sana
walaupun beliau sendiri ada agenda tersendiri. Teha, terima kasih tao… Lain
kali kami datang lagi.