27 November 2015
Hari ketiga dan merupakan hari terakhir melakukan
aktiviti di kota Bandung ini. Dengan itu, hari ini kami akan penuhkan aktiviti
kami dengan membeli-belah sampai purse terbelah hahaha Mati la nakkk…. Kalau
orang perempuan yang shopping memang tak hengat dunia la… Hari ni memang hari
khas untuk shopping. Jadinya kami akan shopping sampai kering. Tempat pertama
yang akan ditawan adalah Kompleks Pasar Baru. Pasar Baru ni boleh diibaratkan
seperti Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan atau Payang Payang di Terengganu.
Seperti biasa jam 8.40 am Ayung akan sampai dan
terus membawa kami ke Pasar Baru. Sampai saja di sana, Ayung menyerahkan kami
kepada kawan beliau di sana yang bernama Pak Jayus (dah sebijik nama atok kami
pulak hihi). Sebelum kami di bawa masuk ke dalam Pasar Baru, kami telah
terangkan kepada Pak Jayus yang kami nak beli baju t-shirt, kain batik, kain
pelikat, telekung dan sebagainya. Habis semua benda dalam kepala kami sebut. Siap
tanya kedai mana yang paling murah. Nampak tak sakannya kami nak shopping
sampai semua kedai2 murah ditanya hahaha
Bagusnya Pak Jayus ni semua barang dari sekecil2
barang sampailah seberat2 dan sebesar2 barang dia tolong bawakan. Kesian pun
ada. Tapi dia kata memang kerja dia untuk bawak barang2 pelanggan, jadi kami
pun biarkan je la. Habis pusing kedai, naik turun escalator, hampir semua
barang kami dah dapat. So, misi kami seterusnya adalah mencari kerepek. Kalau pergi
Bandung ni tak beli Kerepek Pisang Salai memang tak sah. Kat Malaysia memang
tak jumpa la.
Kat level bawah Pasar Baru ni ada kedai yang
menjual kerepek2. Macam2 jenis kerepek yang dia jual. Contohnya kerepek nangka,
kerepek buah naga, dan macam2 jenislah. Sampai tak tahu nak sebut yang mana
satu. Lagi satu, kat kedai ni owner dia akan keluarkan tester kerepek2 yang dia
jual. Kami makan tester tu sampai naik kenyanglah. Lepas satu, satu lagi dia akan
keluarkan tester yang berlainan. Pantang tanya tu kerepek apa, mesti dia akan
ambil tester suruh rasa dulu. Sampai kami naik pening nak beli yang mana satu. Sebab
semua sedap2 belaka. Rasa macam nak beli semua je. Tapi memikirkan luggage AA
tak ambil banyak, jadi kami batalkanlah hasrat nak shopping kerepek banyak2. Jangan
risau, jika anda nak beli kerepek dalam kadar yang banyak, owner kedai ini akan
bagi kotak dan mereka siap packing untuk kita bawa naik flight. Owner ni memang
baiklah. Siap bagi kami bekalan kerepek katanya untuk kudap-kudapan sepanjang
perjalanan nanti. Dapatlah seplastik beg
kerepek. Semoga murah rezeki owner kedai kerepek tu. Tak rugi shopping kerepek
kat situ lah hihihi
Hampir setengah hari berlegar2 di dalam Pasar Baru,
perut kami dah berdondang sayang, jadi kami decided nak tamatkan aktiviti
membeli belah di Pasar Baru ni. So, settle je shopping kat Pasar Baru, kami singgah
di gerai tepi jalan di bawah Pasar baru untuk membeli buah yang segar2 dan
besar2. Antara buah yang memang kami nak beli bila tiba di Bandung ni adalah
buah salak dan buah jambu merah. Memang menawan hati betullah buah2 mereka ni. Banyak
betul dijual di tepi2 jalan. Tapi yang tak best masa beli buah ni, ada la jugak
zombie2 yang bermain gitar sambil menyanyi menempel kat tepi kita. Bila kita
tak layan, dipanggilnya kita ni makcik. Haila, sabar je la makcik ni nak…
Untuk mengisi perut kami yang lapar ni, si Ayung
telah membawa kami makan di kedai Pak Chi Met. Kedai ni agak exclusive bagi
kami kerana decoration dia agak menarik dan mewah. Tapi yang bagusnya ada
musollah di dalam kedai ni. Kami pun ambil kesempatan untuk solat Zuhur terus
di situ sambil menunggu makanan tiba. Harga makanan di sini agak berbaloi dan
sedap. Rasanya ini makan sunda. Sebab jenis makanan dan rasa tak jauh beza
dengan kedai2 sunda yang lain.
Restoran Pak Chi Met |
Selesai “mengisi minyak”, kami meneruskan misi
pencarian iaitu mencari Brownies dan Kek Lapis Bandung yang famous. Antara kedai
yang wajib dikunjungi di Bandung adalah Kartika Sari dan Amanda Brownies. Bagi kami,
layanan di Kartika Sari agak kurang menyenangkan kerana mereka agak sombong
ketika melayan pelanggan. Manakala di Amanda Brownies pekerja mereka sangat
peramah. Nampak ketara perbezaan layanan pada pelanggan.
Kain pasang sudah, telekung sudah, kerepek sudah,
brownies pun sudah. Maka berakhirlah pencarian kami di kota Bandung ini. Jam 4.00
pm kami minta dihantar pulang ke hotel bagi sesi mengemas beg. Dan meminta
Ayung mengambil kami untuk makan malam pada jam 7.00 pm. Sampai saja kat bilik
dan apabila semua barangan telah dikeluarkan dari plastik, terus pening kepala pikir
macam mana nak susun barang yang telah diborong.
memasing muka puas hati dapat habiskan duit dengan shopping |
Siap mengemas, mandi dan solat, Ayung telah
bersedia untuk membawa kami menikmati makan malam yang terakhir di kota Bandung
ini. Request terakhir kami kepada Ayung agar membawa kami ke restoran western
food. Akhirnya sampailah kami di The Stone Café yang kami tak tahu terletak di
mana sebab malam, tak nampak jalan hehehe Suasana kat café agak meriah dan ada
juga band yang ramah dan mengumumkan ketibaan kami di café tersebut. Suasana di
café ini sangat romantic dan sesuai pada mana2 pasangan yang hangat bercinta candle
light dinner kat sini.
Kami memilih kawasan yang mengadap pemandangan
bukit. Tapi dah malam, so tak berapa nak nampak la bukit apa yang ada di depan
sana. Kawasan café ini berada di kawasan lereng bukit, jadi suasana akan
kelihatan sedikit curam dari kedudukan tempat makan kami. Kami memilih hidangan
yang berlainan berlainan seperti pizza, salmon, spaghetti, steak dan beberapa hidangan lain. Semuanya membuka
selera kami. Harga di café ini juga agak memuaskan hati. Layanan juga terbaik. Makanan mereka so tempting!
Kami juga turut menyambut hari lahir 2 ahli rombongan
kami iaitu Cik Saidah dan Cik Aryani yang mana hari lahir mereka jatuh pada
bulan November. Selesai makan dan celebrate birthday, kami membayar makanan dan
seterusnya pulang ke hotel kerana esok kami perlu terbang pulang ke Malaysia
semula.
28 November 2015
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Kota Bandung. Kami bangun seawal jam 4.00 untuk solat subuh dan bersiap2
untuk bertolak ke airport. Ayung telah menunggu di bawah hotel dan kami bertolak
dari hotel pada jam 5.00 am dan kami perlu berada di airport selewat-lewatnya
sebelum jam 7.00 am kerana flight kami pada jam 8.00 am. Selesai check in semua
luggage, kami akhirnya bertolak pada jam 9.00 am. Lewat sejam daripada jadual
asal. Paling tak menahan, semua berat barang kami mencecah 100kg. Siap pramugari tu tegur, shopping sakan batul di sini ya mbak hehehe Semasa menunggu kapal terbang sampai, kami bertemu dengan warga Malaysia yang
naik satu flight masa pergi haritu sempat la kami bersembang dengan makcik tu
mengenai trip beliau sekeluarga di Bandung.
Kami selamat sampai di Malaysia pada jam 11.00 am. Disambut
oleh mama, ayah dan adik bongsuku. Kami meneruskan perjalanan pulang dan
berpecah mengikut haluan masing2. Trip kali ini amat berharga buat kami semua
kerana menjadi pengalaman yang terbaik buat kami. Nasiblah tak ada yang
menanggung rindu pada keluarga yang jauh sampai menangis hihi Alhamdulillah kami
semua berpuas hati dengan percutian kami kali ini. Diharapkan pada masa hadapan
dapat bercuti lagi ke luar Negara. Tapi memandangkan ekonomi Malaysia yang agak
menyedihkan, maybe setahun sekali je la dapat bercuti ke luar Negara.
Maka, berakhirlah sudah percutian kami bertujuh
yang seperti rombongan Cik Kiah ni di Kota Bandung. Diucapkan jutaan terima
kasih kepada supir kami Ayung kerana sudi melayan semua karenah kami sepanjang
trip tersebut. Sejuta tahniah juga kepada kengkawan Cik Fazz seperti Miss Jane, Cik Saidah, Cik Aryani, dan Cik Rina. Tidak dilupakan juga kepada adik2ku sayang iaitu Cik Mira dan Cik Zai. Kata2 terakhir daripada Cik Fazz, diharapkan pada masa hadapan dapat menjejakkan lagi kaki di
sini. Sekian, wassalam...