Hari ketiga - 26 November 2015

Hari ini merupakan hari ketiga kami di Bandung. Aktiviti hari ini adalah melawat wisata Kawah Putih. Gara2 sinetron My Heart yang disiarkan di TV ada buat pengambaran di sini. So, kami pun gagah jugak la menapak ke sini. Selain itu, sememangnya kami ingin melihat keindahan ciptaan Allah. Untuk ke Kawah Putih, Ayung mengambil kami jam 8.30 am dan kami tiba di Kawah Putih pada jam 12.00 pm. Hampir setengah hari perjalanan kami untuk ke sana. Sepanjang perjalanan kami dapat melihat padi bukit, sayur segar dan juga strawberry.

Sesampai saje kami kat atas puncak, kami perlu membayar fee masuk. Bayaran masuk adalah sebanyak IDR50,000 per pax manakala untuk mobil sebanyak IDR150,000 per mobil. Jalan untuk naik ke puncak agak mencabar. Memerlukan skill pemanduan yang betul2 hebat. Kalau suruh Cik Fazz yang drive, mahu stop tepi jalan tak gerak ke mana2 la jawabnya hahaha

Elok je kami sampai atas, kami terus bergambar kat mercu nama Kawah Putih yang agak besar. Sempat la si Ayung tu menyelit masa bergambar. Katanya nak masukkan gambar dalam Facebook dan Blog. Kami apa lagi, posing sakan je la hihi Cuaca kat sini pun nyaman, sejuk je. Tapi sejuk tak pakai baju sejuk pun ok. Just nice je cuaca dia. Selesai bergambar, kami meneruskan perjalanan ke bawah untuk pergi ke kawah. Elok je berjalan 2 3 langlah, terus gerimis. Sempat la lari berteduh kat pangkin yang dibina khas untuk pelancong. Kami bernasib baik kerana hujan tak lebat mana. Dalam 5-10 minit kemudian hujan dah reda. Reda je hujan, kami pun pi la turun bawah. Ramai juga yang datang sini. Almaklumla, musim cuti sekolah.






































Di Kawah Putih ni, bau sulfur dia tak sekuat bau sulfur di Tangkuban Perahu. Kat sini kami boleh bertahan lebih daripada 15 minit bergambar. Tapi, arahan pihak berkuasa di sini hanya membenarkan pengunjung berada di kawah selama 15 minit sahaja. Settle bergambar di kawah, kami naik dan mencari surau untuk menunaikan solat. Surau di Kawah Putih agak daif dan kita perlu berkongsi antara muslimin dan muslimat. Jadi, berhati2lah supaya tidak terbatal wudhuk.

Selesai solat semua, kami turun semula ke pengkalan masuk. Kat situ kita boleh menukar tiket masuk tadi dengan segelas air strawberry yang segar. Kalau nak lunch dekat restoran tu pun boleh. Tapi kami hanya menikmati air free yang sangat lazat (benda free memang sedap! Hahaha). Habis segelas air free, kami beli pula jagung cheese yang berharga IDR20,000 sebekas. Memang sedap sebab 1st time jumpa. Kat Malaysia pun tak pernah jumpa. Kami amik 2 bekas besar dan shared bertujuh. Alah, sekadar nak rasa, bukannya nak melantak kan….





Masuk je dalam mobil, Cik Fazz terus cakap dengan Ayung yang kami nak pi ladang strawberry yang kami Nampak sepanjang perjalanan mendaki tadi. Si Ayung pun macam biasa, “bisa kakak” itulah jawapan dia semedang hahaha Ayung memilih salah satu tempat yang menanam strawberry. Cik Fazz syak, orang tu mesti kawan dia (mentang2 la si Ayung ni ramah). Ladang strawberry ni takde la besar mana, kita boleh panggil dia macam kebun la. Kecik je keluasan penanaman strawberry. Takde la besar macam kat Cameron Highland tu… Tapi jadi la… Dipanggil ladang sebab, kanan kiri, atas, bawah semua ada perusahaan strawberry. Takyah pening2 nak pi kat mana, semua boleh pi. Tinggal pilih je…

Kami perlu membayar IDR10,00 per pax dan kita boleh petik banyak mana yang kita nak. Tapi disebabkan taknak membazir, Cik Fazz pesan siap2 supaya sorang boleh kutip sikit je. Kang terlebih berat. Almaklumla, khusyuk memetik strawberry sekali berkilo2 dapat. Nak bayar bape pulak nanti dan sape pulak yang nak habiskan kan… So, settle je petik strawberry dan bergambar, kami terus timbang dan wallah, ngam2 je sekilo. Adalah dalam IDR50,000 yang kami kena bayar untuk harga sekilo strawberry.






Paling tak menahan, masuk je kereta terus memasing nak melantak strawberry yang dikutip tadi. Masa dok belek2 strawberry nak makan, nampak banyak strawberry yang muda belia belaka. Bila tanya sape yang kutip, semua cakap Miss Jane yang kutip. Haish budak ni, sah ada masalah mata betul la Miss Jane ni hoho Strawberry yang Miss Jane petik kebanyakannya masih muda, tapi bila dia nak melantak strawberry, dia pegi pilih yang masak ranum jugak. Haila, sabar je la dapat member macam ni…


Segarkan buah ni


Disebabkan dah melantak sebekas strawberry dalam van, perut memasing pun dah lapar nasi. Bila tanya si Ayung makan mana yang sedap. Dia pun jawab dengan selambanya, “kakak mahu makan makanan Padang ke Sunda?” Itu je la jawapan setiap kali diajukan soalan kat mana makan yang sedap. Kami pun pilih la makanan Sunda dan akhirnya Ayung bawa kami ke Restoran Saung Andir. Tempat makan yang sangat unik dan mempunyai view yang cantik.

Ayam Brengsek adalah menu utama di sini. Sekali dengar nama macam kelakar pun ada. Ikan Gurame Bakar dia pun sedap. Pergh!!! Bila dah masuk mulut, sedap tak terkata… Memang terbaiklah masakan dekat restoran ni. Kalau dah makanan2 kat sini sedap, air minuman dia lagi la sedap. Segala jus ada, semua sedap2 belaka. Rasa macam tak cukup jer apa yang kami order masa tu. Jangan lupa order Jus Sirsak (jus durian belanda - padahal Cik Fazz tak pernah minum pun air ni kat mesia hahaha) ye. Memang power! Kami bagi 5 bintang. Sampai sekarang kalau tengok gambar atau teringat masakan kat situ, macam terasa2 je dekat lidah ni. Tak tipu… Sape2 yang nak pegi bercuti kat Bandung, make sure pegi makan kat restoran ni tao. Cik Fazz jamin, sape yang tak pergi confirm rugi. Yang dah pernah ke sini mesti teringat2 makanan kat situ. (mohon jangan terliur dulu ye korang) hehehe




Lazat sungguh hidangan ni

Settle je lunch dekat Saung Andir, si Ayung bawak kami ke destinasi seterusnya iaitu Kilang Kain Kopo. Kilang Kain Kopo ni memang popular dalam kalangan rakyat Mesia. Sebab kat sini semua jenis kain dan telekung boleh dapat murah berbanding dekat Rumah Kain Pesona. Cumanya, yang tak berapa best dekat sini ialah dia punya design tak berapa nak latest la. Tidak latest macam dekat Rumah kain Pesona. Tapi masih not bad untuk shopping kain dan telekung murah. Cik Fazz berhabis jugak la kat sini sebab beli  baju kebaya sepasang dan terus tempah dekat sini. Upah jahit di sini agak murah berbanding di Rumah Kain Pesona. Kalau kat Rumah Kain Pesona, upah dia dalam IDR250,000, di Kilang Kain Kopo ni upah dia dalam IDR175,000 sepasang. Selesai urusan di Kilang Kain Kopo, kami menuju ke rumah lain pulak. Berdepan dengan Kilang Kain Kopo ni pulak ada satu lagi rumah yang jual seluar jeans dan baju tshirt yang murah2. Memang berbaloi la beli dekat sini. Selesa pun selesa jenis kain dia. Dapat la jugak Cik Fazz beli seluar jeans jenama Blueberry.




Selesai shopping dekat area Kilang Kain Kopo, kami bergerak untuk dinner. Kali ini kami decide nak mencuba merasa makanan Padang pula. Ayung bawa kami makan di Restoran Padang yang agak terkenal di Bandung. Cik Rina awal2 dah cuit2 Cik Fazz cakap inilah restoran yang kalau boleh kami tak nak masuk. Apa sebab kami tak nak masuk??? Sebabnya, mereka akan hidangkan semua jenis makanan yang telah disediakan di dalam piring kecik. Ada la dekat 15 ke 20 piring berlauk yang dihidangkan. Tapi korang semua kena ingat, setiap piring berlauk yang kita usik atau sentuh untuk merasa, mereka akan charge ye!!! Ye, walaupun kita rasa sikit je. Oleh itu, berhati2 jika anda makan di sini. Cik Fazz nak ingatkan, jika anda2 semua nak makan kat sini korang kena berhati2lah ye.

Elok je makanan sampai kat meja dan pelayan pun blah, Cik Rina pesan siap2 dekat kami semua tengok mana makanan yang korang teringin makan dan asingkan lauk2 lain ke tepi. So, kita tak akan sentuh langsung makanan yang kita dah asingkan tadi. Adalah dalam 7 ke 8 piring lauk kami ambil. Itupun harga dia boleh tahan. Dan hakikat yang harus diterima oleh kami semua, tekak kami memang tidak boleh terima makanan Padang. Cik Fazz lagi la, just mampu telan nasi dan sotong sumbat jer.. Jadilah buat alas perut. Nasib baik lunch tadi makan lambat, so takde la kebulur sangat.



Selesai makan malam, kami minta Ayung hantar kami pulang ke hotel sebab dah penat. Simpan tenaga untuk shopping seharian esok hari. Sebab esok adalah hari last kami kat sini dan hari terakhir untuk menghabiskan duit rupiah hehehe


#Bersambung...