Short vacation and
sweet escape adalah tema trip pada kali ini hohoho Kali ini Cik Fazz buat
unplanned trip ke Penang Pulau Mutiara. Kali ini Cik Fazz pergi berdua je dari
KL dan kat sana dah ada member yang tunggu.
Untuk trip kali ini,
Cik Fazz tak tempah hotel sebab stay dekat rumah kawan yang ada dekat Penang.
Transport pun dia yang support. Beruntung sangat uols… Untuk tiket flight ke
Penang ni, return dalam RM79.50 naik Malindo Air. 1st time naik
Malindo ni agak nervous sebab ingat dapat plane yang kecik tu, tapi Alhamdulillah
kami dapat plane yang Boeing besau tu… Selamat mak… hihihi
Bermulalah perjalan
Cik Fazz dan Cik Fiqa yang 1st time naik flight. Selamat saja tiba
di Pulau Mutiara, kami telah di bawa berjalan ke Queens Bay Mall untuk cuci
mata. Selepas itu, kami di bawah pulang ke quarters polis bayan baru untuk ke
rumah member Cik Fazz ni.
Sampai saja di rumah,
kami dihidangkan dengan Laksa Penang dan Kari Ikan Tongkol. Sangat sedap
masakan mama member kami ni uols... Selepas tu, kami merehatkan diri dan
selepas maghrib kami bergerak mencari Char Kuew Tiaw Penang yang sedap iaitu
Sani Char Kuew Tiaw.
Sabtu, pagi-pagi lagi kami
dah bertolak ke Penang Hill. Sampai saja di Penang Hill, sudah ramai yang naik
ke puncak untuk melihat pemandangan Penang pada waktu pagi yang berkabus. Di puncak
Penang Hill terdapat beberapa tempat menarik seperti The Owl Museum dan pada
sesiapa yang nak kunci cinta hatinya di Penang, boleh la pergi kunci dekat Love
Lock U.
Setelah selesai
aktiviti dekat Penang Hill, kami meneruskan perjalan ke Taman Rama-Rama. Akan tetapi,
nasib tidak menyebelahi kami, Taman Rama-Rama tutup dan hanya dibuka pada
Disember 2015 ini. Penutupan taman ini adalah untuk membina bangunan baru 2
tingkat bagi menggantikan bangunan lama. Oleh itu, kami bertukar arah ke Street
Art dan bergambar di sana.
Kemudian, perjalanan
kami diteruskan dengan mencari beberapa café yang popular di Penang seperti
Sekeping Victoria (under construction), Purrfect Cat Café (bayaran agak mahal
per person semata-mata nak hi-tea dengan 8 ekor kucing gebus, agak tidak
berbaloi), Camera Museum (hi-tea yang sangat sedap dan layanan yang bagus), dan
Chocolate Museum (boleh belajar sejarah dan cara pembuatan cokelat).
Masuk waktu senja,
kami pulang ke rumah untuk merehatkan diri sebelum balik keesokan harinya. Esok
ada beberapa aktiviti yang menanti sebelum kami pulang ke KL.
Ahad, pagi jam 8 kami
dah bertolak ke Pasar Kemboja di seberang. Pergi lalu jambatan kedua, balik
lalu jambatan pertama pulak. Selepas sarapan dan shopping di Pasar Kemboja,
kami meneruskan operasi memborong Jeruk Penang untuk dibawa pulang. Habis dekat
RM50 jugak la untuk jeruk tu weh… Dan pada jam 1 petang, kami bertolak ke PIA
untuk check in pulang ke KL.
Makanya, berakhirlah
sweet short trip Cik Fazz ke Penang pada kali ini.