Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Awal bulan Disember 2017 ni Cik Fazz berpeluang untuk berlibur bersama sahabat baik Cik Fazz yang susah giler nak jumpa iaitu Mek Dah. Alhamdullah kali ni kami dapat spent time together selama 3 hari. Destinati percutian pun just jiran sebelah iaitu negeri Perak Darul Ridzuan. Destinasi kali ini adalah Pulau Pangkor dan Ipoh. Trip ni bermula dari 9-11 Disember 2017. Kenapa Pulau Pangkor dan Ipoh menjadi pilihan? Sebabnya, Cik Saidah kita ni dia tak pernah lagi sampai ke Pangkor. Maka, kami decided untuk bercuti ke sini. Maka, bermulalah trip kami ke Perak Negeri yang Amanjaya….

9th Disember 2017

          Hari pertama kami memulakan perjalanan seawal jam 6 pagi. Melalui highway PLUS dari KL dan kami tidak singgah di mana2 R&R untuk berehat. Seawal jam 10 pagi kami telah memasuki Exit Gopeng. Menginjak hampir ke jam 12.00pm kami akhirnya tiba di Jeti Lumut. Kami parked kereta di Parking Bertingkat yang mana harga sejam adalah RM0.60. Masa kami tiba tu, petak parking hampir penuh. Alhamdulillah ada rezeki kami dapat parking kosong. Elok je parked kereta, kami turun terus ke jeti untuk beli tiket feri. Dapat tiket jam 12.00pm dengan bayaran terkini RM14.00 return.

  
          Oh, sebelum terlupa. Semasa membeli tiket ferry, penjaga di kaunter ada bertanyakan jika kami mahu mengambil motorsikal semasa di pulau. Sememangnya kami nak menyewa motor maka kami setuju untuk menyewa skuter dengan harga RM40 untuk 24jam. Bagi Cik Fazz harga tersebut berbaloi sebab Pulau Pangkor tu kecik je, bukan sebesar Langkawi tu. Itu pun Mekdah dah buat pesanan penaja, Cik Fazz nanti kat Langkawi kita sewa motor je lah eh?! Aku pun, apooo???!!! Hahaha gagah lak aih ko nak naik motor pusing Langkawi, sempat kematu pungkoq hang…

          Selesai membeli tiket, kami diminta untuk masuk ke tempat penunggu. Rupanya ferry dah sampai. Disebabkan kami datang ke sini pada musim cuti sekolah, maka ramailah orang yang akan menaiki ferry tersebut. Maka bermulalah sesi beratur panjang untuk menaiki ferry. Dalam kepala Cik Fazz dan aimed nak duduk dekat open rooftop tu. Nak menerima hembusan air laut Perak hahaha Nampak sangat takde kerja kannn…





45 minit kemudian kami sampai di Jetty Pulau Pangkor. Sampai sini je terus call uncle yang uruskan skuter. Dapat skuter, kami pergi topup minyak motor dulu baru la merempit ke tempat penginapan. Skuter kami sewa sekali masa beli tiket. Kami bayar RM40 untuk 24jam. Kami stay area Teluk Nipah. Kami pilih untuk stayed area Teluk Nipah ni sebab dekat kawasan ni suasana dia meriah sikit berbanding tempat lain. Hotel yang kami pilih pula adalah Hotel Nipah Bay dengan harga semalam RM130.  Selesai check in hotel, sekarang misi untuk mengisi “tangki” perut kami pula.



Setelah mengisi perut, kami bercadang untuk cuci mata di kedai2 cenderamata berdekatan. Namun, kami terperangkap dengan boatman yang approached kami untuk pergi snorkeling di Pulau Giam. Setelah deal sehabis mungkin, kami dapat la RM50 untuk 2 orang return. Jadinya, petang tu kami teruskan aktiviti dengan snorkeling. Sampai kat Pulau Giam tu, Cik Fazz tak terasa teruja nak snorkeling. Sebab apa? Sebab bila Cik Fazz masukkan muka dalam air, alahai… Apa pun tak Nampak. Kelabu asap je dalam air tu huhu Terus terbantut hasrat nak snorkeling kat Giam. Sudahnya, kami setakat lepak2 je tepi batuan sambil melihat air pasang. Dekat sejam kami kat Pulau Giam, Cik Fazz dah call boatman suruh ambil kami untuk pulang ke darat.

Batu berbentuk buaya sedang tidur

Batu berbentuk penyu nak naik ke darat






Balik ke hotel, kami solat jamak dan sekadar berehat menunggu hari malam. Sebab kami bercadang untuk dinner lepas solat maghrib. Sebab lepas makan nak sambung aktiviti cuci mata yang tertangguh petang tadi. Sementara tunggu nak dinner, kami sempat berjalan2 pusing pulau sambil singgah ke kedai Pak Su dan Majid 1000 Selawat.







Masuk jam 8 malam, kami bersiap untuk keluar dinner. Kami sekadar makan di restoran dekat dengan jalan simpang masuk ke hotel. Kami order set kuning kalau tak silap. Makan untuk dua orang. Agak lama juga kami tunggu makan sampai sebab restoran ni terlalu penuh. Sedang elok menunggu makanan sampai, tetiba hujan selebatnya turun. Habis tempias kami yang duduk kat tengah2 restoran ni.

Tak lama lepas hujan berhenti, makanan kami pun sampai. Disebabkan kelaparan dan ditambah dengan suasana sejuk selepas hujan, maka kami makan tanpa bersuara. Setelah kekenyangan, kami pergi berjalan2 di sekitar kedai cenderahati untuk melihat apa yang berkenan di hati.

10th Disember 2017

          Bangun pagi kami terus check out hotel dan terus cari sarapan sebab nak kejar ferry jam 10.00 pagi. Kami bersarapan di tepi jalan Arena Square Pasir Bogak berhadapan depan hotel Coral Bay Resort. Si Saidah ni teringin nak makan nasi lemak la pulak, so Cik Fazz layankan je la selera dia…

          Perut dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke Jeti Pangkor. Sebab nak kena pulangkan motor sewa dan nak kejar ferry balik ke Lumut. Setelah 45 minit atas ferry, kami landed kat jeti Lumut dan shopping sikit barangan hasil laut di kedai2 berdekatan dengan jeti Lumut. Sebab hujung2 tu ada orang bagi pesanan penaja pulak hehehe

          Shopping jajan settle, bayar parking settle, maka kini bermulalah perjalanan pengembaraan kami ke Ipoh mali pulak…. Kat bandar Ipoh ni kami stay dekat Hotel Seri Malaysia. Dah settle check in, rehat solat, kami terus keluar nak pick up Abe Abzel kita. Dia ni nanti jadi tourguide kami sepanjang berada di Ipoh. Dia ni pulak stay kat area Tambun. So kita memulakan dengan mengukur jalan dulu untuk sampai ke Tambun ek.
         
          Selesai pick up Abe Abzel, kita ke meneruskan misi mencari Laksa Saranghae. Apakan daya, elok je sampai di destinasi, sekali kedai tutup la… Rupanya kedai ni tutup hari ahad. Nampaknya bukan rezeki kami nak makan laksa sarang telur tu. Makan kita tukar plan. Kita pergi makan mee kicap dekat Kedai Mat Jasak. Dah pekena Mee Kicap, kita bergambar dekat Plan B Ipoh.

















          Malamnya kami singgah makan di kedai yang jual Mee Udang Banjir. Nama kedai Cik Fazz lupa pulak. Tapi kedai tu tak jauh daripada rumah MB. Memang melimpah sungguh la udang2nya. Mengancam sungguh la mee tu. Setelah kekenyangan, masa untuk menghantar abe Abzel pulang ke rumah dan beliau ada bekalkan bubur kacang hijau durian. Selepas itu, kami meneruskan perjalan kami untuk pulang ke hotel dan berehat.



11th Disember 2017
         
          Pagi ni kami mulakan hari kami dengan bersarapan di cafĂ© hotel. Selepas sarapan kami terus check out dan meneruskan sisa2 perjalanan sebelum pulang ke Selangor tercinta. Kami singgah di Muzium JMG (tempat Cik Fazz training dulu). Lepas tu kami singgah di Taman Jepun, apakan daya, taman tutup. So kami decide ke Mydin Amanjaya dan lunch di situ.




          Maka dengan ini, kami menamatkan trip ke Ipoh selama 3 hari 2 malam. Masa untuk pulang!!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera anda2 semua. Entry kali ni Cik Fazz nak shared pengalaman Cik Fazz ke Tadom Hill Resort pada 18/11/2017. Jika anda rindu dengan kenangan di PLKN, Tadom Hill Resort adalah tempatnya. Tadom Hill ni terletak di Banting. Sepanjang perjalanan ke Tadom Hill ni korang memang takkan jumpa any sign pun. Kena guna waze untuk ke sini. Dah sampai dekat lorong masuk ke Tadom Hill baru jumpa banner Tadom Hill. Kitorang ni siap cakap, betul ke jalan yang waze ni tunjuk, tapi kenapa langsung tak nampak apa2 sign pun.

          Kami gerak dari rumah jam 7.30am dan sampai di Tadom Hill dalam jam 8.30am. Sejam jugak perjalanan dari KL ke Banting. Untuk pengetahuan korang, Tadom Hill ni beroperasi setiap hari dari jam 9.00am sampai 6.45pm. Ada dua pilihan untuk korang samada nak stay bermalam di sana atau setakat nak balik hari pun boleh. Kalau nak bermalam di sana, korang boleh book pilihan tempat tinggal korang. Manakala jika mahu balik hari, korang boleh datang terus ke kaunter dan beli tiket day pass dia.

Jika nak beli day pass ticket dia, better sampai awal sebab selalunya tiket dia jenis yang siapa cepat dia dapat. Macam Cik Fazz, kami ambil day pass je sebab trip ni unplanned. Adik-beradik sampai rumah KL malam, malam tu jugak Cik Fazz ajak ke Tadom Hill. Dorang Ok je, yang tak okaynya bila memasing mula la cakap, baju takde la, seluar takde la… Seribu alasan dorang bagi hahaha

Sampai kat Tadom Hill tu, kami mula berbaris untuk mendaftar. Kena isi beberapa borang keselamatan. Lepas isi borang dekat kaunter masuk, nanti kita kena buat pembayaran di kaunter dalam. Kat kaunter ni nanti kita akan diberi pilihan nak buat aktiviti apa kat dalam tu. Macam Cik Fazz, kami ambil Day Pass + Flying Fox Unlimited untuk 3 orang. Haaa main la flying fox tu sampai muntah hahaha




Lepas buat pembayaran, kami sarapan dulu dan kami terus bergambar kerana lepas bergambar, segala headphone kami simpan. Tak daya nak bawak sana sini weh. Lepas tu kami terus decide nak main flying fox dulu baru terjun tasik. Sebabnya, peraturan utama nak naik flying fox baju kena kering. So kami berulang kali naik turun main flying fox. Cukup la 2x main, dah tak larat nak panjat bukit tu… Jarak dia bukan dekat eh, jauh naw2. Tu pasal kami main setakat 2x je padahal niat di hati nak naik lagi.











Selepas lepas gian main flying fox, kami mencabar diri untuk terjun dari pelantar dan naik tarzan swing yang berketinggian 5 meter dari paras tasik tu. Mula2 nak terjun tu memang la rasa takut. Tapi bila dah sampai hujung pelantar takkan nak patah balik. Tak ladies la weh! Tapi rugi sebab kami tak dapat rakam moment masa memasing menunjukkan aksi terjun tiruk. Cik Fazz lupa bawak waterproof beg untuk simpan headphone. Maka, memori tu hanya mampu tersimpan rapi dalam memori otak je laaa…







Tengah2 berenang nak ke tangga pelantar, boleh pulak Cik Fazz terjumpa dengan member sekolah dulu hahaha Dorang lagi hebat, baru lepas turun dari Bukit Jugra hiking kat sana. Sembang kejap je pun, gambar pun tak snap hihi Lepas settle membuat acara terjun acara bebas, kami meneruskan aktiviti dengan berakit. Yang paling tak menahan, nak naikkan diri ke atas rakit tu, masyaAllah! Boleh bikin kejung perut la. Gelak lebih woo!! Susah naw nak naik atas rakit tu. Badan tak mahu timbul2… Dah macam terlebih air dalam badan, asyik tengggelam je hahaha




Setelah puas bermain air, kami naik darat dan tukar baju. Lepas tu solat zohor. Lepas solat zohor kami bertolak balik dan singgah AEON Mall Shah Alam untuk makan sebelum pulang ke rumah. So far, Tadom Hill ni berbaloi dengan harga dia. Masih di bawah kemampuan kita untuk pergi. Tak rugi untuk ke sini. Pergilah ke sini sekali seumur hidup paling teruk pun hihihi


Pada sesiapa yang teringin nak pergi ke sini, boleh la klik link ni dan boleh baca info2 yang berguna untuk korang semua > Tadom Hill Resort