Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera warga blog sekalian. Nampak sangat dah lama Cik Fazz tak menulis apa2 entry sejak last trip ke Terengganu bulan 5 haritu. Ada la setengah tahun jugak Cik Fazz tak ke mana disebabkan kekangan masa dan kewangan. Almaklumla, zaman sekarang ni semua mahal. Nak ke mana2 pun kena fikir 2 3 kali sebelum buat keputusan.

Ok, kali ni Cik Fazz nak share trip Cik Fazz and The Gang ke Port Dickson selama 3 hari 2 malam. Hari Jumaat 3/11/2017 yang lepas Cik Fazz telah ke Port Dickson untuk bercuti bersama family. Sampai kat PD dalam jam 7.00 pm naik KTM sampai Senawang then adik datang ambil.



4/11/2017

Pagi2 Sabtu adik dah ajak naik Bukit Batu Putih yang terletak di sempadan Tanjung Tuan. Disebabkan dah lama tak hiking, so Cik Fazz bersetuju untuk naik ke Bukit Batu Putih. Kami gerak lepas sarapan dalam jam 7 pagi. Dari Condo Seri Bulan nak ke Bukit Batu Putih ada la dalam 7 minit perjalanan. Sampai je dekat parking kereta PNB Ilham Resort, kami warming up sekejap dan terus hiking.

Jangan risau, nak hiking Batu Putih ni tak perlu ada guider pun takpe. Sebab trek dia senang je dan ramai orang yang datang hiking kat sini. Rasa2 macam lost, tanpa segan silu boleh je tanya para hiker yang lalu kat situ. Mereka semua ramah2 dan baik2 belaka. Siap saling bantu membantu sesama kita.

Kat Batu Putih ni anda boleh pilih samada nak naik tengok rumah api dulu atau nak naik ke puncak Batu Putih dulu. Macam kami, kami terus memilih trek untuk ke puncak sebab kalau lewat2 nanti ramai kat puncak tu. So nak bergambar pun tak semangat nanti. Sedangkan kami yang dikira awal la sampai kat puncak tu pun, bila toleh kat bawah dah ramai yang beratur nak naik bergambar. Dapat la beberapa keping gambar sebab nak berlawan dengan makcik2 bawang yang pantang nampak spot bergambar yang cantik bila kami sedang bergambar huhu






Boleh dikira mood dah spoil nak bergambar, kami terus amik keputusan turun dari puncak dan meneruskan perjalanan ke private beach yang ada di celah2 Bukit Batu Putih tu. Cik Fazz perasan, tak ramai yang lalu private beach tu dan masa kami bercanda kat situ, takde sesiapa pun yang datang nak join mandi dengan kami hahaha Cuma kami ada jumpa brader tu yang camping lek2 je kat private beach tu. Cik Fazz kasi review la, private beach tu memang cantik. Rata2 kawan Cik Fazz yang tengok gambar pantai tu semua cakap macam kat Langkawi. Padahal kat PD je pun…
















Settle bercanda dan bergambar, kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke condo dan sambung untuk sesi seterusnya. Sampai je condo kami berehat, makan dan solat. Petang hari kita sambung aktiviti seterusnya di pantai. Petang tu kami naik Banana Boat. Nak naik jetski tak mampooo… Nak naik ATV macam tak berbaloi. So kita balik je la lepas main Banana Boat.





Malam hari kami hanya berehat dan melepak sambil melalak ikut lagu yang didendangkan oleh orang2 yang berkhemah di bawah di persisir pantai. Yela, perut dah kenyang. Sambil2 melayan mata, kita layan la lagu2 best yang didendangkan oleh jiran bawah kan hihi

5/11/2017

          Pagi ni kami turun ke pantai lagi untuk bergambar area Klana Beach Resort. Sedang nak bergambar tu kami terperasan ada belalai air. Kami yang tak pernah jumpa belalai air, ni jadi jakun kejap. Belalai air ni terjadi disebabkan cuaca pagi tu yang mendung seakan2 mahu hujan. Tapi Alhamdulillah pantai tak hujan. Jadi kami meneruskan aktiviti kami pagi ni dengan menaiki Donat Boat.

          Mak aih, rasa macam nak tercabut nyawa Cik Fazz naik benda alah ni. Diri berasa confuse nak menjerit ke nak gelak. Sepanjang perjalanan kami penuh dengan gelak dan jeritan sahaja. Sampai perit anak tekak sebab gelak dan jerit saja. Si tukang rakam pun boleh tahan juga, semedang gelakkan kami yang terapung2 kat atas boat tu hahaha Turun dari boat tu rasanya hilang segala2 sakit badan akibat hiking semalam hahaha Nampak tak betapa dasyatnya penangan Donat Boat tu.











          Masuk tengahari kami bersiap2 untuk pulang ke rumah. Esok kerja chuols…. Maka sampai di sini saja short trip Cik Fazz dengan famili. Harap korang terhibur dengan entry pendek Cik Fazz ni eh



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Hampir berbulan Cik Fazz tak update entry dalam blog ni. Baru kali ni Cik Fazz berkesempatan nak update trip Cik Fazz and the gang. Plan asal nak pergi berempat, akan tetapi lagi dua orang last minute tak dapat join sekali. Jadi Cik Fazz dengan Miss Jane je la yang meneruskan kelangsungan trip ni…. Disebabkan kerajaan memperkenalkan #cuticutimalaysia #dekatjer. Maka, trip kali ni kami akan ke Pulau Kapas dan akan ronda-ronda area Terengganu. So nantikan perjalanan kami meronda area Terengganu.

3rd May 2017
Kami memulakan perjalanan ke Terengganu pada 3rd hingga 7th May 2017. Hari 1st kami tido semalam di Marang. Sebab nak ke Pulau Kapas perlu ambil boat di Jeti Marang. Kami stay dekat Fishing Village Premium Homes semalam. Harga di sini sangat berpatutan. Malah, owner homestay ni sangat ramah dan pemurah. Siap boleh guna motorsikal mereka. Serta mereka berbesar hati untk hantar dan ambil kami di jeti. Siap boleh tumpang rehat sementara nak teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu lepas balik dari pulau.

        Kami sampai di homestay ni dah lewat petang sebab flight kami jam 3.00pm petang. Lepas check-in, kami pergi makan kat kedai yang berhampiran, jalan kaki pun dah sampai. Petang sikit kami dipelawa oleh pekerja homestay yang bernama Ida untuk bawa kami ronda2 area pantai Marang. Menaiki motor wokeh! Hahaha 1st time bercuti pergi jenjalan naik motor! Sebab selalu trip pergi beramai-ramai, so kena naik kereta la. Ni dah berdua, jadi kita naik motor je laaa… Malam pulak kami merempit ke 7E untuk beli jajan untuk dibawa ke pulau. Contohnya beli roti keping untuk bagi ikan makan masa snorkeling esok hihi












4th May 2017

        Pagi ni kami memulakan perjalanan ke jeti marang dihantar oleh Ida. Sebelum naik boat, kami perlu daftar di kaunter 2. Ini kerana kami ambil pakej untuk ke Pulau Kapas. Kami mengambil pakej pulau dengan Sakinah. Anda boleh visit ig kapas_vacay kalau nak amik pakej la. Kami saje je amik pakej sebab senang nak ke semua tempat. Almaklumla, selama ni pergi jenjalan ikut kepala sendiri. Bukan selalu pun kan nak amik pakej.

        Kebetulan masa kami menunggu boat ke pulau, ada event area jeti. Mereka juga akan ke pulau untuk menanam tukun. Jadi boat kami delayed sikit la. Ingatkan flight je yang ada delayed, rupanya boat nak ke pulau pun delayed jugak hihi hampir sejam baru kami dapat boat untuk ke pulau. Dapat jugak la berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Sampai je dekat pulau, kami just letak beg dulu sebab tak boleh nak check-in lagi. Kami menginap di Kapas Coral. So lepas letak beg kami kembali semula ke boat untuk meneruskan aktiviti snorkeling. Kami snorkeling sehingga jam 12.30pm. 2 jam dalam air laut yang masin boleh bikin kulit kecut dan perut laparrrr….






       
        Settle snorkeling 2 jam kat tengah laut, kami pulang semula ke pulau untuk makan tengahari. Lepas selesai lunch masa untuk check-in pula. Disebabkan ada event yang pagi tadi tu, pihak pengurusan terpaksa melewatkan check in kami ke bilik. Berpuluh kalilah main mata dengan pihak pengurusan nak check in cepat2 sebab badan dah start gatal2 main air laut. Akhirnya jam 2.00pm baru kami boleh check-in. disebabkan dah berpuluh kali main mata dan buat muka kesian, kami ditempatkan di bilik yang special sikit. Kami dapat bilik 1st yang betul2 mengadap pantai dan tepi restoran. Bahagia kejap hahaha




        Dah dapat bilik kita pun apa lagi. Terus mandi dan berehat di tilam yang empuk. Akan tetapi, disebabkan cuaca yang terlampau panas, air condition dalam bilik tu terasa berbahang. Padahal dah set paling low tu. Bila tanya pekerja, dorang cakap memang cuaca terlalu panas, malam nanti insyaAllah sejuk la nanti. Memang, sesungguhnya malam memang baru terasa kesejukan air condition tersebut.

        Dah hilang lelah, petang2 sikit tu kami jalan2 tepi pantai sambil makan keropok lekor dan hotdog. Sambil melihat Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek dan pegawai2 beliau main netball. Kami duduk di beranda bilik sambil melihat suasana petang di pulau tersebut. Manakala makan malam pula bermula jam 7.30pm, jadi kami masuk bilik dulu, solat dan menonton sementara menunggu keadaan lengang di restoran.



























        Makan malam kami memang nikmat. Dapat makan ayam bakar, jagung bakar, serta sotong bakar yang besar2. Kebetulan kami datang masa musim mencandat sotong. Jadi sememangnya sotong yang dihidangkan sangat memuaskan hati. Setelah perut kenyang, kami bersantai di buaian yang disediakan sambil menikmati bintang malam di langit kapas. Serta halwa telinga didedangkan dengan alunan muzik daripada band yang membuat persembahan. Jam 11.00pm baru kami masuk tidur sebab esok kami akan meneruskan aktiviti hiking Bukit Singa dan akan ke Pulau Gemia pula.

5th May 2017

        Selesai bersarapan kami menunggu guider untuk hiking Bukit Singa. Bagi Cik Fazz, hiking kat pulau kapas ni agak pelik sikit. kalau kat tempat lain kita start awal pagi kan, kat sini mereka start hiking antara jam 10.00-11.00am. memang sejenis hiking tengah2 panas kot hihi kita layankan je laaa…. Laluan hiking kat sini ada banyak, tapi disebabkan kami tak ramai, maka guider bawa jalan short cut. Walaupun short cut, tapi laluan dia agak mencabar juga sebab perlu lalu laluan batu-batuan tajam yang menyakitkan.









         Sampai di puncak bukit singa kami bergambar sakan dan akan meneruskan perjalannan ke puncak bukit bersebelahan. View di kedua2 tempat memang cantik. Terasa macam berada di Zakynthos Island, Greece. Tak mahu kalah dengan oversea! Hihihi Setelah puas hiking dan bergambar, kami akan ke aktiviti seterusnya iaitu melihat turtle sanctuary di pulau gemia. Untuk masuk pulau ini perlu bayar RM2 untuk fees. Di sini terdapat juga hotel yang boleh diinap. Tapi harga dia hanya orang yang berkemampuan yang boleh stay. Macam kami ni kurang berkemampuan. Katanya Pulau Gemia ni tempat singgahan kerabat diraja Terengganu untuk beristirehat.



 











        Selesai menikmati pemandangan dan bergambar di Gemia Island, kami pulang semula ke Pulau Kapas untuk check-out dan mengambil beg untuk pulang ke daratan. Dekat jam 1.00pm baru kami dapat boat untuk pulang ke darat. Sesampainya kami di darat, kami diambil oleh Ida pekerja Fishing Village untuk berehat sebentar dan menyalin pakaian. Kemudian dalam jam 4.00pm kami dihantar ke Kuala Terengganu (KT) untuk check-in hotel DJ Citi Point Hotel. Kami teramat berterima kasih kepada pekerja Fishing Village kerana sanggup ambil kami di jeti dan kemudian hantar pula kami ke hotel di KT pula.

        Selesai check in dan merehatkan sendiri, kami bercadang untuk pergi ke pasar malam berdekatan dengan Pasar Payang. Hanya perlu berjalan kaki hampir 15 minit untuk sampai ke destinasi. Kami beli siap-siap makanan malam sebab malam ni ni kami nak berehat dalam bilik je tak ke mana. Manakala, dalam jam 10.00pm, kereta sewa pula sampai. Perjalanan masih panjang, plan esok banyak, jadi kita rehat sepuas-puasnya dulu malam ni.

6th May 2017

        Pagi-pagi lagi kami dah keluar untuk membeli sarapan dan membeli jajan di Pasar Payang. Selesai membeli semua tu kami terus ambil kereta dan drive untuk bersarapan di Pantai Batu Buruk. Sebelum cari port untuk sarapan, kami bergambar dahulu di buaian yang banyak disediakan di persisir pantai. Walaupun masih berpagi-pagian, tapi suhu di sini sangat terik. Dah rasa macam jam 12.00pm. Setelah bergambar sakan, kami menuju ke salah sebuah menara yang berhadapan dengan A&W dan bersarapan di situ.




        Perut pun dah kenyang, jadi kita akan memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke Pantai Mangkuk di daerah Setiu. Kita pergi jauh sikit untuk makan seafood. Kami singgah makan tengahari dekat area Pantai Mangkuk tu. Kami makan Sotong Celup Tepung, Maggi Telur Sotong dan ABC. Restoran ni Cik Fazz lupa la nama dia apa, tapi dia tak jauh daripada bulatan besar yang ada masjid tu. Makan dibawah rimbunan pokok rhu sambil mengadap pantai. Memang syiok habis la!!!



        Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Pantai Mangkuk. Kalau anda2 semua rajin nak berjalan sehingga ke hujung, anda2 akan dapat melihat panorama yang indah menanti anda dipenghujung pantai. Cumanya jalan untuk ke sini agak mencabar jika anda memandu menggunakan kereta yang comel seperti Axia, Saga dan seangkatan dengannya. Takut berdepan dengan tayar tenggelam. Tapi jika anda sejenis yang mahir memandu, kereta comey lotey pun tidak menjadi masalah hihi












        Selain itu, kami juga sempat bergambar di pantai yang berhadapan dengan Terrapuri Resort yang popular tu. Selesai bergambar di sini kami meneruskan perjalanan pulang ke bandar kerana kami nak kejar masa untuk ke Bazar Kuih Tradisional Terengganu yang popular di sini. Di gerai ini terdapat pelbagai jenis kuih tradisional. Kedai ini dia hanya start buka pada jam 11.00am dan tutup jam 6.00pm. lepas beli kuih, kami sambung buat aktiviti laundry pulak. Almaklumla, merantaukan… nasib ada tempat laundry tak jauh dari bazar kuih tu. Sambil makan kuih, sambil tunggu baju siap masuh.

        Settle mendobi, kami meneruskan perjalanan bagi misi menternak lemak. Mula-mula kami ke Gudang Makan, seterusnya Uptown Kontena, dan kemudian ke CVU I-Pata. Cumanya di Uptown Kontena dan CVU I-Pata kami hanya sekadar melihat-lihat kawasana kerana perut dah kenyang. Meneruskan perjalanan lagi kami ke Masjid Kristal, Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah) dan seterusnya pulang ke hotel untuk berkemas.






7th May 2017

        Masa untuk pulang!!! Disebabkan flight kami jam 8.00am, sesudah subuh kami gerak ke airport. Takut kena tinggal lagi! (pengalaman mengajar kita) Hahaha Masa ni memang tak sempat nak sarapan pagi pun. Lepas je check-in terus tercongok tunggu kapal. Nasib la masa penerbangan tak lama. Touch down je kat KL kami terus serbu kedai cari makanan.


        Maka, inilah serba serbi perjalanan kami berdua sepanjang berada di Terengganu. Kami sangat berterima kasih kepada kawan Cik Fazz yang sanggup teman kami berjalan di sana walaupun beliau sendiri ada agenda tersendiri. Teha, terima kasih tao… Lain kali kami datang lagi.