Pada jumaat (11/7/2014) yang lalu, Cik Fazz and The Gang telah berbuka puasa di Flaming Steamboat Buffet Restaurant di Bandar Sunway. Terima kasih diucapkan kepada manager kami yang berbesar hati untuk berbelanja besar ke atas kami semua hihi TQ boss!!! Lain kali boleh belanja lagi lalala~

Untuk pengetahuan korang semua, restoran Flaming ni hanya ada 3 tempat sahaja di Malaysia ni tao. Jangan terkejut kalau korang search kat tempat korang tak jumpa. Memang tak akan jumpa la weh…

Flaming ni hanya berada di 3 tempat iaitu di Bandar Sunway (Petaling Jaya), Danau Kota (Setapak), dan Seksyen 33 (Shah Alam). Semua berada di dalam area Selangor dan KL sahaja. Memang tak kan jumpa la dekat Perak ke, Pahang ke, Johor ke Kuching ye anda-anda semua.

So, kalau korang nak makan makanan ala-ala dekat Soul Garden ke Johnny’s ke korang ada pilihan lain selain tempat-tempat yang disebutkan tadi. Yang bestnya dekat Flaming ni, korang bayar murah tapi korang boleh makan sama macam mana korang makan dekat Seoul Garden. Cuma yang membezakan antara dua restoran ini adalah pada harganya dan tempatnya.

Seoul Garden banyak cawangan, tetapi Flaming hanya ada 3 cawangan sahaja. So, keputusan di tangan anda semua. Kalau nak mencuba benda baru, boleh la ke Flaming Steamboat Buffet Restaurant. Saya jamin anda pasti suka. Saya sudah, anda bila lagi?











0 comments: