Kian Lama Diri Ini Terpenjara Dalam Mencari Makna Cinta Yang Tersembunyi Di Dalam Diriku. Makna Cinta Yang Di Dalamnya Hanya Berungkapkan Kata Dan Bersulamkan Dusta Semata.


Bila Gerbang Rahmat Allah Terbuka Luas Di Hadapanku, Maka Menjelmalah Cinta Suci Yang Tulus Daripada Allah. Sesungguhnya, Sungguh Halus Dan Teramat Halus Hidayah Allah Ini Seperti Selembutnya Sutera Kasih Kurniaan Allah.


Lalu, Terbentanglah Dan Tersingkaplah Kebenaran Masa Hadapan. Maka, Terlerailah Dan Terbenamlah Segala Kepalsuan Masa Lalu Yang Diselubungi Awan Hitam Yang Gelap. Tuhan, Hanya PadaMU Ada Kedamaian Yang Ku Cari Selama Ini.


DiribaanMU Kutemui Kebahagiaan Yang Hakiki. Langsung Sekelumit Tiada Lagi Rasa Kesangsian Di Hati Ini. CintaMU Sesungguhnya Cinta Yang Sungguh Tulus Suci Dan Teramat Murni Bagi Diriku. Aku Mengaku Bahawasanya, KasihMU Kasih Nan Abadi Lagi Hakiki.


Aku Memohon KepadaMU Ya Allah Semoga Bertautlah Dan Bercambahlah Cinta Di Hati Ini Hanya Untuk MU. Semoga Cinta Untuk MU Ini Mengharum Dan Mekar Mewangi Di Dalam Jiwa. Sehingga Menemukan Kerinduan Syahdu Yang Teramat Di Dalam Jagaku Mahu Pun Dalam Lenaku. Hanya Pada Yang Maha Esa KuPohon Keampunan Dosa Masa Silamku Yang Selalu Membelenggu Diri Ini.


Sutera Kasih Membelai Hati Dan Jiwa Ku. Hangat Membalut Kelukaan Itu, Yang Suatu Masa Dahulu Pernah Menjadi Masa Silamku. Cinta Sutera Kasih Allah Itu Melambai Dan Menyeru Diriku Untuk Mengisi Kekosongan Pengharapan Kepada Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.


Ku Rela Pasrahkan Dan Redha Akan Kehidupan Yang Ku Lalui Dalam Mengharungi Cabaran Dan Semua Rintangan Perjalanan Di Hadapanku Yang Beronak Liku. Daku Berharap, Doa Dan Titis Air Mataku Ini Mampu Mendamba Sutera Kasih Allah Agar Terus Bersemi Di Dalam Hati Ini Selamanya.



Cita-citaku: inginmenjadiahlisyurgaAllahinsyaAllah


0 comments: