TENTANG ANAK

Seorang anak yang berbakti dengan ihklas dan menggembirakan hati keluarganya, maka Allah SWT akan menggembirakan hati dia juga walaupun dia sering ditimpa musibah mahupun kesusahan sepanjang hidupnya. 


Seorang anak yang terpisah dengan keluarganya akan sentiasa mendoakan seluruh keluarganya supaya berada dibawah naungan Allah SWT. Walaupun anak itu tidak mendapat kasih sayang yang sempurna dari ibu bapanya, tetapi jika dia yakin dengan Allah SWT dengan sepenuh hatinya insyaAllah Allah SWT akan menurunkan RAHAMAT yang berpanjangan kepadanya.


Tidak kira anak halal mahupun anak yang tiada berbapa, jika kita redha dan dan menerima ketentuan TAKDIR Allah ini dengan BERIMAN, TENANG dan POSITIF, insyaallah hidup kita akan sentiasa berada di bawah naungan Allah Yang Esa. Allah itu Maha Besar, Maha Pengampun Dan Maha Kuasa.


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


TENTANG JODOH


Jangan ditanya kenapa dia lambat mempunyai pasangan, kerana jodoh itu RAHSIA Allah.

Jangan ditanya kenapa dia bernikah dengan janda/duda, kerana itu sudah KETENTUAN dia.

Jangan ditanya kenapa dia sanggup bermadu, ini kerana sudah TAKDIR dia.

Jangan ditanya kenapa dia bercerai, itu sudah SURATAN hidup dia begitu.

Jangan sesekali kita mempersoal segala KERJA Allah SWT


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


TENTANG REZEKI


Kita selalu menganggap bahawa KEJAYAAN, PEKERJAAN, KEMEWAHAN dan KEDAMAIAN yang kita dapat adalah di atas usaha kita sendiri. Tapi kita lupa bahawasanya semua itu DATANGnya daripada Allah SWT Yang Maha Kaya. Segala perkara yang datang dalam hidup kita mempunyai sebab-sebab tertentu diturunkan dan didatangkan secara langsung kepada kita.


Contohnya; kita telah mendapat pekerjaan yang baik, tapi dalam pada masa yang sama ibu kita sakit di kampung. Apakah yang akan kita lakukan? Ada sesetengah orang akan menerima pekerjaan itu dan tidak menghiraukan ibu yang sakit. Ada sesetangah mereka akan menolak perkerjaan itu dan sedia berbakti kepada ibu mereka yang sakit. Dan ada jua yang mampu membuat kedua-dua perkara dalam satu masa yang sama. Allah SWT telah meminjamkan sedikit harta DIA kepada kita hambaNYA yang hina ini iaitu sedikit sifat RAHMAN, RAHIM dan BELAS KASIHAN.  Terpulang kepada kita bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa. Jadi fikir-fikirkanlah apa yang ada dalam QALBU kita ini.


Setiap perkara yang berlaku sentiasa mempunyai hikmah yang tersendiri. Allah SWT telah memberi DUA JALAN sebagai ikutan kepada umat DIA. Iaitu JALAN KEBAIKAN dan JALAN KEBURUKAN. Pilihan berada ditangan kita sendiri. Kita yang mencorakkan kehidupan kita sendiri. Ingin memandu hidup ke lorong dan lohong yang mana satu? Kebaikan atau keburukan? Adakah kita telah membuat pilihan yang terbaik dalam hidup kita?? Marilah kita sama-sama renungkan segala apa yang telah kita buat sepanjang kehidupan kita di muka bumi Allah ini…





Cita-citaku: inginmenjadiahlisyurgaAllahinsyaAllah



0 comments: