Adakah kita tergolong dalam kategori orang yang berakal…?? Fikir-fikirkanlah sendiri...
Dibawah merupakan sedikit cerita mengenai orang yang berakal.
Marilah kita sama-sama menghayati cerita/kata-kata mengenai orang yang berakal ini…


·        Orang yang berakal itu selalu bertelingkah dengan dirinya. Andai mahu melakukan kejahatan ia akan merugikan dan membahayakan diri sendiri. Andai mahu berbuat baik, nescaya itu akan menguntungkan dan membahagiakannya.

·        Orang yang berakal tidak akan berduka lantaran cita-cita tidak kesampaian atau diuji dengan pelbagai ujian. Apa yang berlaku diterima dengan tenang dan tabah. Jika rugi dia tidaklah cemas, jika untung dia tidak berbangga. Kerana cemas meringankan hikmah dan bangga menghilangkan timbangan.

·        Orang berakal sentiasa berdampingan dengan orang yang berakal kerana dengan berbuat demikian akan melemahkan dirinya. Keengganan untuk bersama akan dapat membandingkan kelemahan dan kelebihan diri. Perasaan benci dapat menutupi mata dari melihat segala kebaikan. Yang kelihatan hanya cacat dan buruk sahaja. Sebab itulah perasaan jangan mengalahkan akal.

·        Orang yang berakal merindui tiga perkara: menyediakan untuk pulang, menjadi kelazatan buat jiwa dan menyelidiki erti hidup.

·        Orang yang berakal insaf bahawa di antara akal dan nafsu, atau di antara fikiran dan hawa nafsu tidak ada persefahaman. Kehendak nafsu biasanya manis dipangkal dan hambar di hujung, manakala kehendak akal pahit tetapi manis akhirnya.

·        Orang yang berakal tidak akan berduka kerana kedukaan tiada faedahnya. Duka sering kali mengaburi akal. Orang yang berakal tidak akan bersedih kerana tidak dapat memperbaiki keterlanjuran. Dan banyak bersedih akan mengurangi akal.

·        Orang yang berakal menyediakan ubat sebelum sakit, menyediakan payung sebelum hujan. Andainya dia tetap ditimpa hujan atau menghidap penyakit, sedangkan persediaan awal telah dibuat, dia tetap tidak akan menyesali apa yang berlaku. Sebaliknya sabar dan redha serta berusaha untuk mengatasi masalah itu.


                          

0 comments: