Kita mesti tanam dalam diri kita, bahawa setiap sesuatu yang diperintahkan, yang berlaku di dalam dunia ini mempunyai sebabnya perlu untuk kita renungi. Solat yang diperintahkan 5 waktu sehari semalam juga diperintahkan bersebab dan sebabnya adalah untuk kepentingan diri kita. Ya, untuk diri kita! Solat yang kita tunaikan 5 kali sehari  pada waktu-waktu tertentu kerana ada kaitan dengan fungsi alam pada diri kita. Adakah anda sedar alam kita ini sungguh cantik setiap kali berlaku peredaran waktu dari subuh sehinggalah isyak. Warna-warna yang berubah itu berlaku untuk kita ambil khasiatnya.
Solat subuh dilakukan setelah alam berubah kepada warna biru. Warna ini berkaitan dengan frekuensi warna tiroid dan penawar untuk komunikasi dan rezeki. Khasiat warna biru ialah tenaganya dapat diserap semasa ruh dan jasad bercantum semasa kita sedar. Jadi, manusia diperintahkan bangun untuk solat Subuh supaya kita dapat menyerap tenaga biru itu semasa kita rukuk dan sujud. Warna biru adalah satu rezeki yang cukup tinggi nilainya kepada manusia.
Seterusnya alam bertukar kepada warna hijau dan kita disunatkan menunaikan solat sunat Dhuha. Warna hijau sama dengan frekuensi warna paru-paru. Jadi, untuk mendapat paru-paru yang sihat dan berfungsi dengan baik,  amalkanlah solat sunat Dhuha selalu. 
Selepas itu, alam bertukar kepada warna kuning dan kita diperintahkan melakukan solat Zohor. Warna ini pula sama dengan frekuensi warna pada perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman manusia. Warna kuning juga adalah rahsia berkaitan dengan keceriaan. Makanya, pada sesiapa yang selalu melewatkan melakukan solat zohor berulang kali melakukannya akan menghadapi masalah pada perut dan akan hilang sifat cerianya dirinya.
Kemudian, alam bertukar kepada warna oren dan kita diperintahkan menunaikan solat Asar. Warna ini bersamaan dengan frekuensi sistem reproduktif manusia. Warna ini juga adalah rahsia sifat kreativiti. Amat malang bagi seseorang yang tidur pada waktu ini kerana roh dan jasad tidak bercantum untuk menyerap tenaga warna tersebut. Ini menyebabkan seseorang itu akan kurang daya kreativitinya dan menghadapi masalah pada sistem reproduktif. Menjadi masalah kepada mereka ini melangsungkan kemandirian spesies manusia.
Seterusnya  alam berubah ke warna merah,untuk pengetahuan semua warna merah bersamaan dengan warna IBLIS, JIN dan SYAITAN. Pada waktu ini, makhluk-makhluk ini suka keluar. Jadi, kita selalu dinasihatkan oleh orang tua supaya tidak keluar daripada rumah. Pada orang yang suka dan berulang kali keluar pada waktu ini, senang didekati oleh jin, iblis dan syaitan. Jikalau kita sedang mengembara ataupun sedang dalam perjalanan, dinasihatkan untuk berhenti bersolat Maghrib. Diharapkan selepas ini, semoga tidak lagi menjadikan kegemaran anda untuk  keluar shopping, meeting atau melepak di luar. Merah bersamaan dengan warna pada otot, saraf dan tulang. Ia juga rahsia untuk sifat keyakinan.
Dan seterusnya adalah warna indigo dan kita  diperintahkan untuk mengerjakan solat Isyak. Warna ini bersamaan dengan frekuensi sistem kawalan otak dan juga rahsia ketenteraman manusia. Jadi, sesiapa yang menjadi kebiasaan meninggalkan Isyak selalu berada dalam kegelisahan. Kemudian bertukar menjadi gelap dan islam mendidik umatnya agar tidur pada waktu ini, hal ini adalah kerana waktu ini adalah tidur delta kerana badan berada dalam kerehatan. 
Selepas itu, alam akan bertukar ke warna putihmerah jambu dan ungu iaitu berkaitan dengan pineal, talamus dan pituitary dan kita digalakkan untuk melakukan Qiamullail.



0 comments: