Jika direnungi semula, Allah SWT telah banyak memberi peluang kepada kita selama ini. Hanya kita sedari mahupun tidak dengan semua itu. Apa yang kita rasa, adalah seperti tidak disayangi, dibenci, disisihkan dan tidak mendapat apa yang sepatutnya kita dapat. Sedangkan ALLAH telah menjanjikan semua perkara yang berlaku ke atas semua makhluk-NYA mempunyai hikmah yang tersendiri. Pernahkah kita berfikir sejenak, menilai dan mempertimbangkan semula semua perkara yang pernah terjadi pada diri kita dan kita menerimanya dengan fikiran yang positif? Tentu sekali jarang berlaku hal sedemikian. Apa yang bermain difikiran kita adalah, “kenapa die boleh dapat apa yang die nak, dan kenapa aku tak boleh dapat apa yang aku nak???”. Hal ini terjadi kerana kita tidak pernah berasa bersyukur dengan setiap apa yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ini. Kita selalu membidas serta mempersoalkan setiap apa yang kita terima dan menginginkan sesuatu yang lebih lagi, sedangkan itu adalah hak kita yang perlu kita terima dengan rela hati. Marilah kita mengambil sedikit waktu untuk mempositifkan kembali fikiran kita yang sedang berserabut ini…..


ü Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
ü Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
ü Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
ü Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
ü Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan oleh Allah.
ü Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
ü Ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat diri terasa bererti.
ü Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
ü Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga.
                                                        
                                                         

0 comments: