Lelaki idaman saya adalah lelaki yang beriman.
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah.
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam.
Yang sentiasa haus dengan ilmu.
Yang sentiasa dahaga akan pahala.
Yang solatnya adalah maruah dirinya.
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar.
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.
Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya.
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya.
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya.
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang.
Yang mempunyai banyak kawan dan tidak mempunyai musuh.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya.
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga.
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga.
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam.
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan.
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam.
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur’an dan mencontohi sifat Rasulullah.
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
Yang menjaga matanya dari berbelanja.
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.

Lelaki idaman saya tidak pernah mensia-siakan waktu.
Matanya kepenatan kerana penat membaca.
Suaranya lesu keraa penat mengaji dan berzikir.
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan.
Bangunnya subuh penuh kesegaran.
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati.
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat.
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan di jaga.
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik.
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia.
Kerana dia mengimpikan syurga.
Di situlah rumah idamannya.
Dan dia ingin membawa saya bersama.

0 comments: