Wahai akhowat!
Masa remaja adalah singkat
Masa yang sangat begitu menguji ketahananmu
Mujahadah melawan tipu daya dunia yang hina
Andai kamu bisa mengalahkan nafsu yang satu ini
Kamu telah bebas dari banyak belenggu dosa
Kamu sudah mampu mendidik nafsu yang degil
Kamu sudah menang dalam pertarungan mengakis jahiliyyahmu
Bebas dari perlakuan yang dimurkai Allah
Zina contohnya
Dan zina itu bukan sahaja lahiriah
Bahkan yang paling tersorak iaitu batiniah.

Akhowat!
Bangunkanlah hati-hatimu
Yang pasti meronta-ronta
Mahu menyayangi dan disayangi
Melihat ramai kawan-kawan sudah punya pasangan
Dilihatnya mereka begitu bahagia
Umpama belangkas yang tidak mampu dipisahkan
Disamping sogokan novel yang khayal
Filem-filem cinta yang menipu daya
Semuanya punya elemen cinta yang mempersona
Kamu mula terleka dan panjang angan-angan.

Ketahuilah!
Tanamkan jauh di dasar hatimu
Kita adalah akhowat!
Dan akhowat berbeza dengan yang awam
Kenapa?
Kerana kita sudah ditarbiyyah
Kita sudah faham akan tarbiyyah
Dan yang terpenting
Mujahadah kita adalah kerana Allah.

Wahai akhowat!
Jangan dirisau akan jodohmu
Kelak ianya akan tiba juga
Cepat atau lambat
Ada atau tiada
Dan sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui
Kerana Allah Maha Hebat PerancanganNya
Letakkan sepenuh kepercayaanmu kepada Allah
Jangan berburuk sangka kepadaNya.

Akhowat-akhowat!
Ketahuilah alam remaja adalah sebentar cuma
Medan mujahadah melawan nafsu yang bengkok
Medan yang memerlukan mujahadah yang bukan sedikit
Dan ini hanyalah ujian-ujian kecil sahaja
Mengukur tahap keimananmu
Tahap tawakkalnya kamu
Dan andai ujian perasaan sekecil ini
Tidak mampu kamu tandingi
Mampukah kita berhadapan denganNya kelak?
Entah esok atau sekarang
Andai kamu bisa keluar dengan aqidah sejahtera
Kamu telah berjaya melawan hasutan demi hasutan laknatullah
Kamu telah berjaya mendidik nafsumu.

Wahai akhowat sekalian!
Bebaskanlah dirimu dari jahiliyyah yang satu ini
Kerana jahiliyyah ini permulaan dosa-dosa besar
Leraikanlah belenggu jahiliyyah ini
Buang pergi jauh dari hati
Letakkan Allah penuh di dalam hatimu
Dan Allah pasti membantumu
Selamat bermujahadah!

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia (syaitan) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak seorang pun di antara kamu bersih (dari perbuatan yang keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (24:21)


0 comments: