1. Jika kamu berbakti kepadanya, dia akan melindungimu

2. Jika kamu merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika kamu memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantu kamu

4. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik

5. Jika memperolehi sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan cuba menutupnya

7. Jika kamu berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan dan masalah yang kamu alami

8. Jika datang sesuatu bencana yang menimpa kamu, dia akan meringankan kesusahan kamu

9. Jika kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kata-katamu itu, sekiranya kamu berada dipihak yang benar

10. Jika kamu merancang sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu mengusahakan apa yang kamu rancang

11. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan bersama


0 comments: