saya selalu didatangi oleh kawan-kawan yang mengadu bahawasanya mereka selalu berasa susah hati. mereka juga selalu bertanya bagaimanakah caranya untuk kita merasa tenang sentiasa tanpa merasa diri terbeban. saya ada beberapa tip yang boleh diamalkan selalu oleh kita semua. bagi saya, amalan ini sangat mudah dan boleh melapangkan hati dan minda kita. oleh itu, selamat beramal....


1. Selalu bersolat dengan khusyuk

2. Sentiasa berwudhuk terutamanya semasa tertekan

3. Berzikir, beristighfar, berselawat dan membaca al-Quran

4. Berpuasa dan bersolat sunat

5. Beribadah di tengah malam seperti bertahajjud dan membaca al-Quran

6. Tidur yang mencukupi

7. Suasana dan kediamaan yang teratur

8. Menyaksikan keindahan alam, berkelah, melancong dan bersiar-siar

9. Menziarahi sahabat-sabahat lama kerana ia boleh mengingatkan pengalaman lampau yang menggembirakan

10. Elokkan pergaulan dengan keluarga, jiran-jiran dan orang ramai

11. Melangsaikan semua hutang

12. Atasi segera masalah-masalah yang merunsingkan hati

13. Lakukan hobi dan perkara-perkara yang diminati

14. Lakukan senaman atau gerak badan sekitar 30 minit satiap hari. Semakin tegang perasaan, semakin banyak gerak badan diperlukan untuk melepaskan ketegangan tersebut

15. Elakkan hiburan yang haram dan melalaikan serta pergaulan bebas kerana ia membawa kepada kekosongan jiwa dan keserabutan fikiran

16. Banyak makan makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu menghadapi tekanan. Ia mengandungi kimia serotonin yang boleh mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan

17. Percaya kepada Qada’ dan Qadar iaitu segala perkara yang berlaku telah ditentukan oleh Allah SWT, sama ada baik atau buruk yang mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu


0 comments: