•wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yg tidak soleh.

•wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa di sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yg dikehendakinya.

•Saidatina Aisyah r.h.a. berkata : " saya pernah bertanyakan Rasulullah s.a.w tentang siapakah manusia yg terlebih berhak terhadap wanita? ". Jawab Rasulullah s.a.w : " suaminya ". Bertanya pula Aisyah : "Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki? ". Jawab Rasulullah s.a.w : " Ibunya ".

•apabila kamu dipanggil oleh kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

•sebaik-baik wanita ialah yg tinggal dirumah, tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipesonakan (digoda) oleh iblis.

•haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isteri baginda ( Ummu Salamah dan Maimunah ), datang seorang sahabat yg buta (Ibn Maktum). Rasulullah s.a.w menyuruh kedua-dua isterinya masuk kedalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah s.a.w?". Rasululah s.a.w menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?"

•wanita yg keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan dihadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti perempuan zina.

•tidak memuliakan wanita melainkan orang yg mulia dan tidak menghina mereka melainkan yg hina.

•dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

•wanita itu boleh dikahwini dengan asbab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yg kat agamanya, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu.

•salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin)

•wanita yg taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat dilangit, matahari dan bulan semuanya beristhgfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai ( serta dipelihara akan solat dan puasanya ).

•wanita yg taat berkhidmat pada suaminya akan tertutp 7 pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yg disukainya dengan tidak dihisab.

•mana-mana wanita yg bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia dimurkai ALLAH s.wt. sehingga ia kembali bermanis muka dan tersenyum mesra terhadap suaminya.

•sesiapa yg dikurniakan ALLAH wanita yg solehah, sesungguhnya ia telah dikurniakan separuh dari agamanya, maka yg separuh lg hendaklah ia berbakti (bertakwa)nkepada ALLAH s.w.t.

0 comments: