Tolong beritahu si dia,aku ada pesanan buatnya,

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa,

Tolong beritahu si dia, jgn mencintai ku lebih dari si DIA,

Tolong beritahu si dia, jgn mengingatiku lebih dari dia mengingat YAng Maha Kuasa,
Tolong beritahu si dia, jgn doakanku lebih dari dia mndoakan ibubapanya,
Tolong beritahu si dia, dahulukan Allah kerana di situ adanya syurga,

Tolong beritahu si dia, aku terpikat kerana iman bukan rupanya,

Tolong beritahu si dia, aku x mahu menjadi fitnah terbesar kepadanya,

Tolong beritahu si dia, aku x mahu menjadi punca kegagalannya,

Tolong beritahu si dia, aku membiarkan Allah mnjaga dirinya,
Tolong beritahu si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita2nya,
Tolong beritahu si dia, jadilah pnyokong dalam kejayaanku,

Tolong beritahu si dia, aku dambakan cinta suci yang terjaga,

Tolong beritahu si dia, cinta kerana Allah tak ternilai harganya,

Tolong beritahu si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Yang Maha Kuasa,

Tolong beritahu si dia, kerana aku tak mampu beritahunya sendiri,

Hanya Engkau yang mengetahui siapa si dia,

Moga pesananku sampai kepadanya,

Walau aku sndiri x mengetahui siapa dan di mana si dia,

Moga dia seperti seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa,
memasuki taman larangan dengan sopan-santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya,

''Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti''

0 comments: