seringku terdengar,
usikan nakal,
si lelaki pada wanita,
feuwit, cunnya!
buatku keliru sendiri,
apakah ertinya kecantikan wanita,
di mata lelaki?
adakah pada susuk tubuh yang mengiurkan?
atau pada akhlak yang menawan?
biar apa pun jawapannya,
aku tetap aku,
apa yang aku tahu,
aku seorang wanita,
fitrahku sukakan diri cantik jelita,
namun bukan kecantikan di mata manusia,
sebaliknya,
aku mencari kecantikan yang diiktiraf Tuhan...

0 comments: