jika sepasang kekasih berdating di taman,

kita tidak sabar-sabar dating dalam halaqoh,

jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,

di bawah cahaya rembulan, berdua-duan, jauh dari orang,

kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang,

tanpa takut dan bimbang,

jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,

kita berhibur dengan madah kalamullah,

jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas ransangan nafsu,

kita berkasih atas dorongan ukhuwahfillah, bebas dari dorongan nafsu semata,

jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,

kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita,

jika sepasang kekasih sentiasa menjaga hati,

kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama,

saling nasihat menasihati agar makin berkualiti,

jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,

kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya,

jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta, keluarga dan maruah demi cinta,

kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-Nya,

dalam masa yang sama mencintai keluargadan menjaga maruah setingginya...

0 comments: