remaja zaman sekarang semuanya kelihatan pelik pada pandangan orang tua-tua.. lagi-lagi pada pandangan orang kampung... mungkin sesetengah orang beranggapan pandangan orang kampung adalah suatu yang kolot, tetapi kerana mereka memikirkan adat budaya kita yang begitu indah, sopan santun, dan berbudi bahasa.. tetapi pada pandangan sesetengah remaja, mereka tidak boleh menerima pandangan sebegitu kerana bagi mereka, mereka bebas melakukan apa yang terdetik dihati mereka... contohnya dalam cara pemakaian dan kekemasan mereka pada masa kini.. bagi yang gadis, mereka lebih gemar memakai baju adik dari memakai baju yang sepatutnya mengikut saiz badan mereka.. bukankah sepatutnya kita melonggarkan sedikit baju itu... hukum dalam Islam telah mengatakan bahawasanya, longgarkanlah baju kamu, panjangkanlah kain kamu sehingga menutup aurat kamu, serta labuhkanlah tudung kamu sehingga menutup dada kamu... ianya bukanlah sesuatu yang berat untuk melakukannya.. tiada alasan mengatakan perkara menutup aurat itu kolot, ataupun panas apabila memakai tudung dan baju yang labuh pada trend zaman sekarang.. masalahnya sekarang, kita perlu menutup aurat kerana tututan agama Islam... mereka lebih suka berpakaian yang seksi-seksi daripada memakai pakaian yang menutup aurat.. ada juga yang memakai tudung, tetapi bajunya pula yang terlalu mengikut bentuk badan hampir seperti sarung nangka busuk pun ada.. ada yang terdedah sana terdedah sini.. ada juga yang memakai tudung tapi kainnya terbelah sampai ke pangkal peha sehingga hampir menampakkan betis mereka... bagi remaja lelaki pula, mereka lebih gemar memakai aksesori serta mengenakan design rambut yang agak pelik-pelik.. katanya mahu ikut seperti idola artis mereka... sedangkan dalam Islam, menjaga kekemasan diri turut dituntut bagi menggambarkan betapa indahnya Islam... ciap ada dalam kalangan mereka yang memakai pewarna kuku yang gelap.. sedangkan dengan memakai benda itu, air sembahyang kita tidak sah... selain itu trend mewarnakan rambut dengan warna-warna yang berbeza dengan warna asli rambut turut menjadi ikutan remaja zaman kini.. mereka lebih pentingkan keseronokan daripada mengikut tuntutan Islam.. remaja zaman sekarang lebih ikutkan perasaan hati berbanding dari memikirkan tentang hukum hakam Islam.. mereka terlalu memikirkan duniawi berbanding dunia akhirat yang kekal abadi... mereka kenal baik buruk dan halal haram dalam Islam, tetapi mereka tetap melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.. mereka terlalu ambil ringan semua benda-benda itu.. berpegangan tangan, bersentuhan pada tempat yang langsung tidak perlu disentuh, teraba sana teraba sini lagaknya seperti orang sudah bernikah... sedangkan orang yang sudah bernikah pun tidak melakukan perkara sebegitu dikhalayak ramai kerana mereka tahu akan adab sopan sebagai orang melayu. inikan pula yang masih belum ada apa-apa ikatan yang sah sudah melebihi golongan yang sudah mempunyai ikatan sah.. mereka tiada rasa malu untuk melakukan perkara-perkara itu, tetapi mereka merasa sungguh bangga kerana mereka dapat melakukannya.. mereka mungkin tidak pernah terfikir tentang perasaan keluarga mereka, persepsi orang luar terhadap keluarga mereka serta nama baik keluarga... hmm apa salahnya remaja sekarang menjaga adab sopan tidak kira dalam apa jua, sama ada dalam cara pemakaian atau tutur kata.. remaja perempuan sebolehnya digalakkan menutup aurat sebaik mungkin supaya kelihatan lebih ayu walaupun rupa paras kita kurang menarik, bagi remaja lelaki pula jadilah seorang yang begitu kemas, bersih supaya kelihatan seperti seorang lelaki yang budiman atau lebih dikenali sebagai 'gentlemen'.... Doa saya semoga remaja zaman kini pandai menjaga nama baik diri sendiri, nama baik keluarga serta nama baik agama Islam... ~AMIN...~

0 comments: